// you’re reading...

Uncategorized

72 Jenis Puaka Kepercayaan Kaum Ibrani

Mengikut kepercayaan kaum ibrani ,terdapat 72 jenis puaka atau jin yang wujud dalam kepercayaan mereka.72 jin terbabit adalah ketua utama yang memerintah pasukan tentera syaitan untuk berkeliaran melakukan angkara di muka bumi.Setiap puaka itu mempunyai kepakaran dan ‘kesaktian’ tertentu antaranya memukau, menyihir, menjelma membentuk sesiapa atau apa saja selain menggunakan pelbagai kekuatan magis untuk mempengaruhi pemikiran manusia seterusnya menyesatkan mereka daripada kebenaran.

Mitos

Mengikut mitos kaum terbabit, semua jin atau puaka ini pada asalnya dikurung Raja Solomon dalam tujuh bekas berasingan di sebuah kuil purba di Jerusalem pada ribuan tahun lalu.Apabila tentera Romania datang ke kuil itu, mereka menemui bekas terbabit lalu membukanya menyebabkan semua jin yang terperangkap itu akhirnya bebas sehingga kini.

Jin yang memiliki kekuatan sihir dan magis dipuja oleh pihak tertentu dalam ritual songsang selain diseru ahli sihir kononnya bagi mendapatkan bantuan makhluk ghaib terbabit.Antaranya Aaron C Donahue, seorang ahli sihir yang mengaku memiliki kebolehan untuk melihat ke ‘alam lain’ malah dia juga mendakwa pernah menyeru kebanyakan puaka terbabit untuk muncul di hadapannya.

Berikut adalah puaka yang dipercayai kaum Ibrani termasuk masyarakat Barat :-
Bael

Bael adalah puaka yang tidak gemar bekerja di bawah sesiapa. Ahli sihir silam yang mendakwa kononnya Bael pernah muncul di hadapan mereka menggambarkan puaka itu memiliki tiga kepala iaitu manusia, kucing dan katak, berkaki labah-labah dan bersuara garau.

Ia memiliki kuasa mengghaibkan dirinya dan pengikutnya. Bael adalah raja di timur dan menguasai 66 pasukan tentera syaitan.
Agares

Puaka ini dikatakan berkuasa menyebabkan gempa bumi, membekukan sesuatu yang sedang bergerak dan memukau seseorang sehingga menganggap manusia yang menjadi pengikutnya dipandang mulia dan memahami pelbagai bahasa.

Ia menguasai 31 pasukan tentera syaitan dan digambarkan menjelma di hadapan ahli sihir sebagai seorang lelaki tua kurus yang memegang burung dan menunggang buaya.
Vassago

Digelar ‘Raja Ramal’ kerana kononnya berkuasa meramal masa hadapan, membantu pengikutnya mengesan harta karun dan mencungkil rahsia lampau. Vassago digambarkan memiliki perwatakan nakal, suka menukar rupa, bentuk dan menyakat sesiapa yang menyerunya.
Marbas

Berkebolehan mengubah rupa bentuk sesiapa yang berada di sekelilingnya seperti menukarkan manusia kepada serigala atau beruang, mengetahui rahsia terpendam, menyebabkan penyakit menular serta mampu mengubatinya. Apabila diseru, ia menjelma sebagai seekor kucing besar atau singa selain rupa seorang lelaki.
Valefor

Dikenali sebagai puaka yang amat jahat, memiliki sikap yang kurang disenangi dan penuh dengan muslihat. Menjelma sebagai singa berkepala keldai. Pakar dalam ilmu mencuri dan menjadi pendorong dan penghasut supaya seseorang mencuri.
Amon

Orang Mesir purba dikatakan menyembah Amon dan ia digambarkan sebagai lelaki berkepala burung selain serigala berekor ular. Bersifat licik dan gemar memanipulasi sehingga menyebabkan manusia menganggap ia sebagai ‘tuhan’.
Paimon

Dikatakan puaka yang amat berbahaya dan berkuasa di kalangan jin. Menguasai 200 pasukan tentera. Ahli sihir silam mengatakan Paimon adalah jin yang amat sukar untuk diseru. Ia menjelma sebagai manusia yang memakai mahkota dan diiringi tenteranya selain muzik tertentu akan berkumandang. Berkuasa menjadikan seseorang itu berpengaruh dan bermartabat.
Gusion

Menjelma sebagai lelaki bertubuh sasa dan memakai jubah kuning, bercakap dengan lembut dan tenang serta kelihatan baik. Berkebolehan menjawab segala persoalan lampau dan masa hadapan. Menguasai lebih 45 pasukan tentera.
Sitri

Berkuasa membangkitkan nafsu seks dan menghasut supaya manusia bertelanjang dan melakukan hubungan kelamin. Digambarkan menjelma sebagai makhluk berkepala harimau dan bersayap.
Beleth

Menguasai 85 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang kesatria yang menunggang kuda pucat dan diiringi muzik tertentu, mulutnya mengeluarkan api. Antara jin yang sukar diseru.
Lerie

Suka menghasut sehingga berlakunya perang dan menyebabkan kecederaan yang dialami sesiapa saja ketika perang tidak akan sembuh selagi Lerie tidak beredar. Cara terbaik adalah memotong bahagian yang cedera atau mati. Menguasai 30 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang pemanah kacak.
Bathin

Berkuasa memindahkan seseorang ke tempat atau ke negara lain. Menjelma sebagai lelaki gagah berekor ular yang menunggang kuda pucat. Menguasai 30 pasukan tentera.
Ipos

Digelar ‘Putera Helah’ dan menjelma sebagai jin yang memiliki kepala singa dan berkaki angsa. Seseorang yang dikuasai Ipos akan lebih gemar bergaduh daripada bercakap. Menguasai 36 pasukan tentera dan berkuasa menjadikan seseorang itu cerdas dan berani.

Sumber : Disunting dari Berita Harian.com

Discussion

6 comments for “72 Jenis Puaka Kepercayaan Kaum Ibrani”

  1. aku tak brani cakap ape2 tapi kaum ibrani ialah kaum yang terdekat dengan kaum islam.aku dapat tahu ni daripada buku islam….

    Posted by jack | March 6, 2008, 4:11 pm
  2. Assa’kum…and Hai….weih aku nak sgt sesetengah maklumat korang nie….semua maklumat korang nih berguna untuk aku buktikan Teori yg dikaitrapatkan dgn cerita ttg planet marikh pusing terbalik… aku sendiri x pasti,tapi jenis aku aku akan siasat sampai lubang cacing…nak tau teori ape??? tggu…… aku x tau nak buat laman web sendiri… tp aku leh buat blog aku…. daaa

    if have any discussion plss send ur msg at sivix_papa@hotmail.com

    Posted by Joe0172745645 | April 12, 2008, 5:54 pm
  3. Gambo2 mereka dan keluarga mereka ni takda ker..??

    Posted by Sharil | October 26, 2008, 2:13 pm
  4. iyelah…gambar tak ada ke?

    Posted by alya | July 21, 2009, 1:01 pm
  5. sbenarnyer puaka2 to0 x hebat kalau kt x mengagungkannya,sebab tu manusia dijadikan khalifah di muka bumi Allah s.w.t..sebab tu la manusia adalah sebaik2 kejadian..kalau nak dibandingkan,rasullullah s.a.w lg la hebat..dr semua puaka tu. .tol x??

    Posted by amy@0192600081 | October 2, 2009, 3:08 am
  6. semua nak gambar ….

    Posted by aku islam | October 3, 2009, 8:53 pm

Post a comment