// you’re reading...

Misteri Asia

Bomoh Jahat di Kampung Ibuku..

Al kisah , di kampung mak aku kat perak baru-baru ini , ada seorang saudara mak aku yg dlm lingkungan 60-an baru sahaja habis menuntut ilmu hitam dengan anak didik bomoh yang paling jahat sekali di daerah tersebut.Maka, dia pun hendaklah mencuba ilmu hitam beliau itu.Buat apa bertapa didalam gua berminggu-minggu sambil didampingi hantu dan syaitan tetapi tidak mencuba ilmu yang dia perolehi.

Mula-mula , ilmu santau ditujukan kepada pak teh iaitu menantunya sendiri sehingga pak teh aku muntah darah.Nasib baik sempat berubat dengan pak long aku yang boleh tahan jugak ilmunya ini.Tetapi hanya sementara.Rahsia bomoh perempuan tu terbongkar apabila mak teh aku melihat ada orang menanam sesuatu di empat penjuru rumah.Terkejut!! Apabila melihat ibunya sendiri yang melakukan perbuatan tersebut.

Lalu,mak teh aku pun menelefon abah mengenai perbuatan mak dia dan keadaan pak teh aku yang terkena ilmu jahat mertuanya sendiri.Abah mencadangkan supaya pak teh berubat di kelantan , kebetulan ada seorang pak cik yang amat handal membuang dan memasung hantu belaan.Pak cik itu jugalah yang mengubati penyakit mak cu aku 6 tahun lepas.

Cadangan abah aku diketahui oleh bomoh tersebut lalu jin tanah dihantar untuk memberi amaran kepada abah.Semasa abah tidur,dia terdengar ada suara menyergahnya.Dia tersedar dan terus pengsan seketika.Abah kemudian berjumpa dengan pak cik di kampung sebelah.Sah!! abah pula di kacaunya.

Pak CIk tersebut berjanji akan berlawan habis-habisan untuk membuang segala jenis belaan bomoh tersebut.Mudah-mudahan akan berjaya kerana ilmu yang ada pada bomoh tersebut tidaklah sekuat mana.

Isnya Allah, pak teh akan ke rumah kami selepas hari raya.Aku akan update kemudian nanti.

Discussion

7 comments for “Bomoh Jahat di Kampung Ibuku..”

  1. ok la tu.arap pak teh ko ok

    Posted by jack | March 2, 2008, 1:01 pm
  2. haiya…is it true??why they do like that?so jahat eyh.durang ni tak takutkan tuhan dah lah buat dosa buat lagi perkara syirik aiyoyoo sungguh menggerunkan..insyallah tuhan akan menolong orang yg teraniaya.dan juga doa org yg teraniaya dimakbulkan oleh allah s.w.t,hidup ajal maut jodoh semua ditangan tuhan kuat kan usaha supaya sentiasa diberkati dan dirahmati.amin…

    Posted by Eva | July 17, 2008, 10:28 am
  3. ckit2 bomoh..
    klu nk sgt power…
    g la belakon dalm cite superman ke batman ke..

    Posted by Sharil | October 25, 2008, 4:14 am
  4. Waduh hebat sekali cerita ini. Tak le ke guna santau ke Isreal ke…. ni ayik2 santau kat keluarga terdekat???

    Posted by dukun cyber | January 24, 2009, 7:17 pm
  5. Hakahak ..
    eyOla ..

    Posted by aNoNymOuse | June 22, 2009, 4:58 pm
  6. Boleh tak kasih yang Pak Teh u berubat di Kelantan yang u kata Pak Cik itu amat handal membuang. Saya ada hal peribadi untuk minta bantuan untuk buang barang…. Harap u boleh email saya dan tolong saya kasih Pak Cik punya contact.

    Posted by Honey | October 31, 2009, 5:56 pm
  7. Boleh tak kasih yang Pak Teh u berubat di Kelantan yang u kata Pak Cik itu amat handal membuang. Saya ada hal peribadi untuk minta bantuan untuk buang barang…. Harap u boleh email saya

    Posted by Honey | October 31, 2009, 5:58 pm

Post a comment