Siapa itu Orang Bunian?
Dimana tinggalnya?
Dan dari mana pula asalnya?
kita tidak tahu siapa itu orang bunian melainkan ia akan kekal misteri begitu juga dengan jenis-jenis jin yang ada dalam filem Tan Sri P.Ramlee.ohh!!! jin tanah,jin angin,jin busut…kah!!kah!!kahh!!…
Tapi orang melayu tahu akan kewujudan orang bunian.Malah ada orang-orang tua zaman dulu yang mengaku berkahwin dengan orang bunian.Mereka dikatakan akan pulang ke kediaman isteri bunian pada malam jumaat sambil rumah mereka di harumi oleh bau wangi yang menusuk lubang hidung !! oh!!! seram!!
Perkampungan orang bunian mengikut kata orang tua .. perkampungannya sama seperti manusia biasa.Ada orang bunian islam dan ada juga bunian yang kafir.Bagi bunian Islam,mereka berpakaian putih dan berkampung mengimarahkan masjid.Hidup bermuafakat dan berpegang kepada ajaran Tuhan.
Manakala bagi yang kafir mereka berpakaian hitam dan kuning .. Melakukan dosa seperti manusia biasa.Tetapi adakah mustahil manusia biasa boleh berkahwin dengan orang bunian yang hidup di alam ghaib.Cantikkah gadis mereka ?..Halalkah disisi agama ? Ini semua menimbulkan persoalan..
Pada zaman moden ini,masih ada lagikah kaum bunian ?.. adakah mereka hidup seperti kita ..adakah mereka ini masih mundur ? tak pening kepalakah memikirkan harga minyak naik ?.. what the heck!!! Tidak perlu .. Orang bunian ibarat serpihan kaum jin yang mendiami di suatu kawasan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan hati yang kelam..
Sehari ibarat seminggu,
seminggu ibarat sebulan
manakala sebulan ibarat setahun ..
sebab itu orang yang tersesat di dalam hutan tidak sedar kehilangannya sudah berminggu hingga melarat bertahun-tahun.
Oleh itu , Awas apabila berada didalam hutan .. jika hati mudah dijinakkan syaitan dan jin.. maka sudah tentu kalian akan disesatkan!!! Jika dilayan dengan baik … Syukur tetapi apabila dijamu dengan cacing,lipan dan tanah …. binasa badan
trgin nak pg kat alam cane… tp akut pun ada gak… tkut lau pg tak kmbali lgik. khikhikhi…
masa aku darjah 4,aku pernah tengok istana bunian kat atas bukit di waktu senja…..bercahaya dan besar…cam masjid.
Nak ceritakan kat sini skit pasal alam bunian dr apa yg saya tahu alam mereka sama je dgn alam kite tp nampak seperti berkabus sedikit dan cuaca nampak mendung skit.Mereka ada Istana tp penaung di panggil peghulu bkn raja.Istana mereka berwarna putih cahaya dan bumbung berwarna emas berbentuk kubah.pakaian sama warna putih.duit pun sama mcm kita.mereka ada bermain muzik,berkenderaan sama mcm kita tu dibandar tp di pendalaman mereka lebih suka bentuk rumah tradisional mcm bentuk umah kita.mereka ada agama islam dan kafir.hanya manusia terpilih saja akan dpt masuk ke alam mereka sama ada melalui mimpi atau atau berkeadaan sedar.
bgaimana pula dgn pakaian mereka berwarna hijau?apa tandanya?siapakah mereka?adakah jin?atau bunian?buat pengetahuan saudara saya ada bermimpi mengenai mereka sbyk 3 kali di 2 tmpt yg berbeza keadaan dan situasi.ada 1 tmpt yg sy ketahui dimana dn prnh brmmpi ke 1 rumah kampung yang biasa dengan keramahn penghuni rumahnya dan mengajak makan bersama.mereka berpkaian serba hijau.trllu hrmoni utk dijelaskn.suasananya amat tntrm
org bunian nie asal nyer xcantik??
betul ker??
then mcm maner dieorg leh jadi bunian??
ee xtahu…boleh x sesiapa terangkan….
ker org bunian nie dah mati,,,peh tu hidup balik…
yang sy thu orang bunian ni….berkampung di tempat yg tinggi… contohnye gunung jerai..
jebat mana wak tahu? tempat orang bunian di ats bukit… wak pernah g alam bunian ke???
wowoo!!! orang bunian ni rekaan semata2…..jan mudah terpedaya. zaman sekarang mana ada la orang bunian… sbb banyak bangunan. he..he..he…
pakej pginapan 3 hari 2 mlm ke perkampungann org bunian..huhu,bg free pun aku xnk..takut woooo..rse seram pun ader..aku ni dh la pnakut…hek3..
erm,kengkwn.aper dah..
walau aperpun yg kiter dgr..itu semua makhluk tuhan gak.
kita xyah sebok2 nk ggu dowg taw.
selagi kiter x ckp besaR ..xggu dowg, they’ll never disturb.hurm , tapi kalo yg mggu gak tuh mesty ader yg xkener..mcm kowg xsolat ker??maner lah taw
bunian pun makhluk ALLAH buat apa kita nak takut kat dia
askum nama saya muhammad khairul anuar bin mohd fauzi saya pernah dengar pasal puteri bunian saggat cantik tapi kenape orang takut kat puteri bunian///////ha…ha….ha….ha……ha…
umah atok aku berjiran ngan kg org bunian. ntah betul @ tak pun aku tak tau
BUNIAN NI DIA SUKA PADA ORANG YANG BERSIH HATI DIA..MAKNANYA ORANG YG BERIMAN..DAN IANYA DARI SPESIS JIN..YANG MENGANUT AGAMA ISLAM..DAN UMURNYA PANJANG…CARA KEHIDUPAN TRADISIONAL SKT..MCM ZAMAN HANG TUAH..TEMPAT TINGGAL DKT KAWASAN TINGGI MCM TEMPAT AIR TERJUN..CTH AIR TERJUN GUNUNG LEDANG AGAK2 KALAU BERANI PERGILAH MLM BULAN MENGAMBANG..ORANG TUA DULU2 PESAN KALAU NAK KENCING DLM HUTAN TEBAL KENA MINTAK IZIN KOT SEKALI KITA KENCING LAMAN RUMAH DIA MAU TAK MARAH..TU JADI MCM2.
testing dlu
yang sy pernah dengar dari auntie2 sy yg mengalami hidupan dgn bunian adalah selalunya terkena kepada or yg tinggal di tempat yang terpencil dan xberjiran.. contohnya org yg tinggal kt tenga2 sawah atao atas bukit atao dlm hutan… seperti mana yang diceritakan oleh auntie sy dia telah menjalankan kehidupan di alam bunian sejak kecil lg sehingga la ari nie.. malah telah mempunyai anak dan suami di alam bunian.. namun begitu dia juga telah berkahwin kt sini… ape yang menarik tentang alam bunian ialah tempatnya cantik, hidup di istana.. suami yang kacak, anak yang cantik.. semuanya cantik2 belaka.. ini cerita betul dari auntie sy yg beragama islam
betol ke bunian nie lebih baik dan beriman dri kita???
Saya pun ada mendengar banyak cerita2 mengenai orang bunian ni. Bagaimanapun saya memang tidak pernah mengalaminya. Ingin juga bertemu dengan orang bunian tapi mungkin hati tak bersih tu yang tak terpilih. Bagaimanapun isteri rakan saya sendiri mengalami kehilangan anak dalam kandungan yang dah menjangkau 9 bulan tiba2 hilang dalam kandungan. Sehingga sekarang masih jadi tandatanya. Baru2 ni saya ada tanya kepada beliau mengenai anaknya tu dan dia beritahu dah besar tetapi tidak jelas rupanya sebab dalam mimpi je…wallahua’llam
memang ada kes yg cam tu, anak hilang dalam kandungan sebab diambil bunian. pernah terjadi….tapi maaflah, aku dah lupa nama tempat tu, tapi memang pernah terjadilah. anak hilang dalam kandungan mak dia dalam usia 9 bulan sebab diambil bunian@ jin kafir tapi berjaya ditukarkan oleh golongan jin islam. memang sengitlah pertarungan tu..dalam kes ini sebenarnya mak bapa budak ni kena sihir. bapa budak nie memangjenis yg taat menjalankan perintah Allah, gitu juga mak dia..tapi tak tau cama mana…anak dia pula yg kena. tu yg hilang dalam perut tu…nauzubillaminzalik… …dengar kata sekarang nie budak tu dah dewasa. keluarga dia boleh jumpa tapi tak jelas…cam dalam mimpi.
sesetengah org berpendapat bahawa anak manusia yg diambil dan dipelihara oleh masyarakat bunian ni bila diakhirat kelak boleh tolong mereka masuk syurga sebab manusia ni makhluk yg dicipta allah swt semulia2 makhluk yg lain…apalagi kalau anak manusia tu dididik sebaik2nya dengan cara org islam. lagi pula anak yg diambil masyarakat bunian ni adalah benih yg terpilih, maksudnya..dari keturunan mereka yg soleh, yg taat dan mengerjakan perintah Allah sebaik2nya….wallahualam
itu yg aku tahu dari beberapa org yg tahu serba sedikit dengan masyarakat org halus nie…aku pun bukan tau sangat…
oh…….seram!!….
Hi Carol, betul ke yr aunt da kahwin ngan org bunian? wah untungnya dpt kahwin & merasa dua alam. Is yr aunt contactable? I nak sgt tahu dan lihat sndiri masyarakat Bunian. Seeing is Believing..byk dgr story tapi blum nmpk tak puas la…
yang dikhabarkan oleh orang yang arif tentang hal ni bunian ni sebenarnya terdiri dari golongan jin dan semestinya kalau jin tu ada yang islam dan ada yang kafir macam manusia gak. diingatkan oleh mereka yang arif tentang agama iaitu sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia. so fikir fikirkan la benda ni.
Salam.. saya sebenarnnya ingin berkongsi pengalaman berkaitan isu orang bunian. Saya pernah terserempak dengan kelibat bunian ketika saya sedang mendaki Gunung Jerai baru-baru ini. Waktu itu saya dan rakan sedang menyertai program anjuran pihak sekolah. Apa yang saya ingin maklumkan ialah kelibat bunian ini muncul sebanyak 2 kali sewaktu saya dan rakan sedang turun semula dari Gunung Jerai. Saya terasa sesuatu ketika mula turun mengikut laluan trek.Seolah-olah sedang diperhatikan. Jadi apabila saya toleh ke arah blakang,kelihatan kelibat seorang lelaki sedang bersila memerhati saya dari jauh. Sebenarnya saya tidak berapa jelas raut wajah lelaki tersebut. Cuma apa yang pasti, lelaki tersebut berpakaian lengkap seperti seorang pendekar Melayu yang lengkap. Dia seorang-olah memerhati gerak geri saya dan rakan. Anehnya, apabila sampai di rumah, saya bertanya kepada rakan tentang perkara ini. Namun rakan saya hanya hairan dan pelik kerana baginya tidak adapun kelibat orang bunian yang saya maksudkan itu. Itu yang menghairankan! Tambahan pula kawasan Gunung Jerai, yang setahu saya merupakan tempat perkampungan masyarakat bunian.Seingat saya, kelibat orang bunian ini hanya muncul apabila kita tidak berniat untuk berjumpa. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kejadian ini.. apa komen rakan-rakan tantang hal ini?
mmmm… I still didnt get de answer. anybody know how to meet them?
Hurm….banyak gak yg saya dengar mengenai bunian ni.Yg memang saya tak lupa, sahabat sendiri pernah kehilangan kandungan selepas bermimpi bertemu wanita aneh berkali-kali.
Memang benarlah seperti yang di ceritakan oleh u all kot yea…keadaan/suasana perkampungan mereka memang aman/tenteram dan macam zaman bangsawan dulu-dulu.Tetapi andai tersesat kat dlm utan…..carilah tahi lalat di badan….pasti u all akan tidak dapat dibawa ke alamnya….insyallah……petua opah aku nih…gunalah kalau terdesak….aku pun blum try lagi…
mak aku ckp kan. org bunian ni mmg wujud. zaman dulu dulu. kira zaman dahulu kala. diorang mmg salu turun ke bumi. tp zaman skrg mmg dh xde da. ye la. zaman moden. wallahualam la. hanya ALLAH je tau semua ni.
mmg bunian ni wjud, wlupun di zaman kini. cume kte yg xtau kehadiran mereka. kwn sy pernh kesana scr x sengaja. ape ygh pasti, mereka sgt baik,taat perintah Allah, bersih, perkampungan mereka pon cntik sgt. cume yg bhati bersih blh smpi ke tmpat bunian yg baik. tp, mse kwn sy pegi tu, mase dy adalah sama dhn kte, klu kt dunia ni kul 8,sane pon kul 8 jgk.dn xde pon mslh smggu same dgn sebulan,dan sebulan same dgn setahun.ini cerita btl, dan mereka ajak kwn sy tggl sane, tp kwn sy xnk.
Misteri bunian..
betul kew orang bunian nie wujud???
aku hari2 pun bleh jmpa bunian…. mak aku bleh berinteraksi ngan mereka. bunian org islam.. kehidupan mereka sama mcm kita. cuma yg membezakan dgn dunia kita, kemajuan mereka tak sama mcm manusia. kalau tak caya meh p umah aku… aku bawak sembang ngan dia… tp tak nampak muka dia lah.. aku janji… sumpah cerita benar nih…
btul…ornag bunian memang wujud…
bagaimana org bunian dpt kah khwin sama manusia biasa
Salam sukasih, betul ke yg mak awak leh jumpe bunian..? saya dah lama teringin nak jumpe, nak tahu macamana kehidupan dorang sebenarnya.. tolong saya.. email saya k emailsepi@yahoo.com
sukasih… mcmana nk jmpa bunian? trasa btul2 nk tau la… bleh x awk btau cara nk jmpa bunian n mcmna nk bkwn dgn dorg?
Salam buat semua pegemar laman misteri.Misteri berkaitan alam bunian sebenarnya sudh diperkatakan sejak dulu,banyak cerita berkaitan misteri ini cthnya perkhawinan,hilang anak dlm perut,barang2 hadiah alam bunian,masuk ke alam bunian,berbicara dengan orang bunian,dan macam2 lagi. megapa kita semua hairan dan persoalkan tentang manusia yang bernama bunian.kita tidak perlu hairan sebenarnya dalam dunia ini ada bermacam2 makluk yang allah ciptakan , hanya dia saja yang mengetahui.Bagi manusia yang ditingkatkan khasafnya..sudah pasti tidak hairan akan kebesaran allah ini…itulah tanda kekuasaanya.Bagi mereka yang ingin meneroka alam ini tidak salah jika niatnya ingin melihat keindahan dan kebesaran allah.Firman allah sesungguhnya aku jadikan jin dan manusia itu untuk sujud kepadaku…so siapa pula bunian , adakah manusia atau jin.Tentang itu saya pernah berbicara dengan mereka,..mereka terdiri daripada keturunan manusia yang malu dengan hukum allah,jadi diminta akan mereka ditutupkan hijab dari manusia biasa(utk kisah lanjut jumpalah kpd mereka yang arif..kalau nak diceritakan amat panjang kisahnya.)Apapun disini ingin saya nyatakan saya pernah ziarah alam ini..semuanya sama dengan kita .wallahhualam. tokmat.com
Assalamualaikum semua,saya baru sahaja menemu ramah secara tidak formal pada orang yang telah berkahwin dengan orang bunian. menurut beliau orang bunian ini berasal dari indonesia dan berbangsa jawa.mereka ini pada asalnya manusia biasa seperti kita namun di minta do ghaibkan dari pandangan mata. mereka bukanlah serpihan dari kalangan jin seperti apa yang di ceritakan sebelum ini. pada dasarnya dunia mereka terletak di bumi juga namun di dimensi yang lain yang dimensi tersebut telah di tutup dari di lihat dari mata kasar manusia. daripada pengetahuan yang saya dapat hasil dari temuramah tersebut saya juga dapat tahu yang kehidupan mereka jauh lebih moden dari kehidupan manusia seperti kita teknologi mereka lebih maju dan moden namun mereka mengamalkan ajaran islam dan tidak terdapat sekolah2 kebangsaan seperti ada di malaysia ini..anak2 mereka akan di ajar di sekolah pondok untuk mendalami ajaran agama…sudah ada ramai manusia biasa berkawin dengan orang bunian dan ini jelas terbukti dengan dua orang insan yang saya pernah jumpa dan mereka mengakuinya…pada sesiapa yang berminat untuk melangkah ke alam bunian bolehlah pergi ke gunung jerai..di atas puncak sana jika sudah berzikir dan di izinkan tuhan maka anda akan dapat melihat istana yang tersergam indah. kisah kewujudan penempatan bunian di gunung ledang juga adalah benar tapi pusat terbesar adalah di gunung jerai…jadi pada sesiapa yang memperlekahkan orang bunian ni minta hentikanlah..kerana mereka mengetahui apa yang kamu cakapkan di hati…itu keistimewaan mereka yang ALLAH berikan..
ye ler,org bunian memang wujud,aku pun ada bini org bunian.nape tak caye ke.
Tepat jam 12pm saya dikelilingi sejenis mahluk betubuh seperti manusia dan ada macm warna,ada warna antaranya unggu,hijau./Seramnya ada,saya pon terus bgtau pada rakan kerja sy,mahluk 2 still ikut…pe kah mahluk 2? lokasi sekolah menengah yang masih beroperasi.
seram juga masuk chanel ni baca saya pun ada gak cerita,tapi dalam mimpi jerr….saya dan mak pernah bermimpi lelaki yang sama yang ajak kami berkahwin,,rumah dan tempat yang sangat cantik,sebuah pondok kecil dan dikelilingi kebun sayuran yang sangat luas..tapi apapun Allah saja yang tahu segalanya…..mimpi kan mainan tidur kan…
setelah saya membaca kisah orang bunian,ingin saya nyatakan pengalaman saya dan berkongsi dengan pendapat anda sekelian.ketika dulu saya adalah pencari rotan di kaki gunung bubu perak .pekerjaan ini saya lakukan hampir selama 6 tahun.pernah satu hari ketika di dalm hutan saya terasa hendak membuang air kecil,lantas tanpa membuang masa saya lepaskan dipangkal pokok besar.apabila selesai saya dapati sekeliling saya semua pokok pokok besar sudah tiada,cuma yang saya lihat hanyalah sebuah taman bunga yang bergitu luas sekali,sejauh mata memandang selagi itulah bunga bunga yang saya lihat.saya panik…adakah aku bermimpi.aku menampar pipiku ,ternyata terasa sakit.aku teringat kata dan pesanan orang tua tua,kalau terjadi begini ingat pada allah,bacalah selawat atas nabi dan alfatihah sebanyak 3 kali.aku terus berbuat sedemikian,alhamdulillah aku kembali kelam nyata.aku terus beredar dari kawasan tersebut..aku menceritakan pada kawan kawanku ,mereka tidak mempercayainya.terpulanglah pada anda mencari jawapannya.
Assalamualaikum,para pembaca laman misteri bunian.disini saya nak cerita sikit pengalaman saya dibawa masuk kealam bunian.semasa di kampung ,zaman muda muda dulu sewaktu menunggu keputusan peperiksaan mce aku membuat kerja kerja partime iaitu mencari rotan dihutan kaki gunung bubu di perak.setelah tiba di tengah hutan,aku dan kawan kawanku berpecah dan mencari haluan masing masing.aku terus berjalan seorang diri ditengah hutan..setelah keletihan aku terasa hendak membuang air kecil lantas aku lepaskan dipangkal sebuah pokok balak yang agak sepemeluk besarnya.setelah selesai aku mengangkat kepala,,tapi aku sudah berada di sebuah taman bunga yang sangat luas dan bunga bunganya sungguh cantik.aku menjerit memanggil kawan kawanku,tapi hampa.aku berpusing pusing tak tahu mana haluan nak di tuju.teringat pesanan orang tua tua,kalau terjadi begini,kenalah duduk pejamkan mata dan bacalah surah alfatihah,selawat atas nabi sebanyak 3 kali.alhamdulillah,setelah aku buka mata aku kembali kealam nyata.tanpa membuang masa aku segera meninggalkan kawasan itu.pesanan ku andai anda tersesat dihutan,jangan lupa guna pertua ini.sangat mujarab.semuga cerita ini dapat dijadikan ilmu pengetahuan anda sekelian.terima kasih.
sewaktu aku berumur 16 tahun, waktu itu rumah kami berhmpiran dgn hutan belukar yg dipenuhi dgn pokok rotan. Pd satu mlm kira2 jam 12 atau 1..aku dikejutkan oleh bunyi kompang dan rebana seolah2 ada majlis perkahwinan yg sdg di adakan..aku segera bangun dan menyelak langsir bilik ku yang mengarah ke semak belukar itu, apa yg aku lihat sesuatu yg mengejutkan aku, sebuah rumah yg berhias indah dan di penuhi oleh tetamu seolah2 ada majlis perkahwinan yg sdg berlangsung. Dgn dihiasi bunga manggar, dan pemain2 kompang sdg asyik memukul kompang. Apa yg menghairankan aku, kawasan rumah itu adalah hutan belukar dan dipenuhi dengan pokok rotan. macamana boleh ada rumah ditengah2 belukar itu. Tetiba bulu roma ku berdir dan segera aku baring dan menutup kepala ku dgn selimut. Besok pg aku mnceritakan kpd nenek ku dan nenek ku berkata,itulah perkampungan org bunian.