Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma [...]
Apalah agaknya reaksi anda apabila rumah anda yang aman damai itu rupa-rupanya tempat berlakunya aktiviti paranormal atau lebih sesuai di sebut ‘laluan makhluk ghaib’.
Baiklah , hari ini saya akan menceritakan kejadian pelik di Belmez dimana penghuninya sering berhadapan dengan pengalaman yang menakutkan.Fenomena luar biasa ini terjadi di sebuah rumah di kawasan Desa Belmez berhampiran [...]
Kisah ini dikirimkan oleh Yus dari Pokok Sena,Kedah melalui email aku faza_mb@yahoo.com. Beliau mempunyai kisah yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung blog yang lain.
Ceritanya bermula begini …
Yus dibesarkan di sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Star , Kedah.Menurutnya,kampungnya itu sering mengalami kejadian aneh dan misteri.Dirumahnya sendiri juga berlaku jelmaan aneh yang menakutkan.
Rumahnya itu didirikan [...]
Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun . peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya Tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain [...]
Carl Foletto yang berasal dari El Paso, Texas mendakwa telah dihantui oleh hantu seekor ayam jirannya selepas dia membunuh ayam jirannya yang sering mengotorkan rumah dan mematuk dua ekor anjingnya.
Ingatkan , selepas ayam jantan itu dibunuh , kehidupannya akan kembali tenteram tetapi roh ayam jantan jirannya itu bagaikan telah merasuk kehidupannya.Mungkin hantu tersebut ingin menuntut [...]
Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.
Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus [...]
Keinginan untuk merasai keenakan daging ayam hutan, entah kenapa terlalu membuak-buak sejak kebelakangan ini. Masol seperti orang mengidam.
“Siang susah nak jebak. Kita tembak aje. Kat hutan belakang kubur sana tu aku dengar masih banyak bertenggek!” Dollah pula memberi cadangan.
Akhirnya kata sepakat dicapai. Khamis malam Jumaat kebetulan mereka tidak bekerja giliran malam. Rakan berjiran itu [...]
Malam gelap giler. Aku dan member aku jalan pelan-pelan carik passport member aku yang tercicir. Aiseyman… baru nak pegi holiday pat KL, si beruang tu boleh pulak perasan yang dier nyer passport terlepas dari tankbag pat moto dier. Pulak tu, torchlight ader satu jer… kalau besar takper.. Jam menunjukkan pukul 11.53 malam… Nasib baik ader [...]
Pengalaman ngeri ini berlaku beberapa tahun dahulu disebuah kampung yang terpencil diselatan tanah air. Ketika itu aku sedang menunggu keputusan SPM dan bekerja sambilan sebagai kelindan lori. Aku bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan yang membawa barangan kesetiap tempat di Johor termasuklah kedaerah-daerah yang terpencil.
Pada suatu petang, lebihkurang jam 5:30 penyelia tempat aku bekerja mengarahkan aku [...]
Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus terang dalam banyak [...]
Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. “Ahhh!! Barulah sejuk sedikit.” kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh.
“Wah ramainya orang kali ini.” kata yang seorang lagi.
“Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. [...]
Kerjaku sebagai pemandu ambulan di sebuah hospital kerajaan menjadikan aku sudah biasa menyaksikan pelbagai kes pesakit yang dihantar ke hospital.
Pelbagai keadaan aku lihat; ada kes kemalangan, kes sakit jantung dan macam-macam sehingga kadangkala menyentuh hatiku. Sudah hampir 20 tahun aku bergelumbang dengan orang sakit.
Pernah juga aku terfikir bila aku sakit nanti macam inilah jugak keadaannya. [...]
Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah [...]
Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa [...]
“Abang, Amy rasa tidak sihatlah hari ini!” rungut seorang wanita sambil mengurut-urut perutnya yang sarat itu. Ramli menoleh kearah isterinya, “Sabarlah sayang, bidan Esah akan sampailah tu sekejab lagi. Dia menoleh kehadapan semula sambil melepaskan satu keluhan kecil dan terus mundar mandir di serambi rumah itu. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu tidak dapat mengurangkan [...]
Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah, tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita tersebut sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami. Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh [...]