// archives

Siri Tamar Jalis

This category contains 7 posts

Siri 7 - Terkencing Dalam Seluar

Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kaina keras bertiup. Bunyi dedaun yang bergeseran sama sendiri aam menakutkan. Dan datuk terus melangkah dengan enang. Api yang memakan daun kelapa, sekerap marak, sekejap suram.
“Kenapa kita ikut sini tok ?” tanya saya. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh datuk, bunga-bunga api dari andang daun kelapa jatuh [...]

Siri 6 - Melihat Jembalang Air

Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut golok perak di pinggang.
“Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti.”
Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya. Ular pun pangung kepala. Bagaikan kilat datuk mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat tiga. Jatuh [...]

Siri 5 - Berjaga di Hujung Jambatan

Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang kedua, datuk akan marah.
“Aku bukan tuakng cerita,” [...]

Siri 4 - Kereta Datuk Tersadai Dijalan

Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di haalman rumah dengan anak cucu. Datuk membelikan mereka untuk anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya.
Sesungguhnya, datuk amat menyayangi semua anak cucunya [...]

Siri 3 - Tidur Di Rumah Bunian

Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalamhutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam. Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalamlokap sementara menanti hari perbicaraan. [...]

Siri 2 - Bertemu dengan penunggu babi hutan

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan. Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk [...]

Siri 1 - Siri Pertama Bercakap dengan Jin

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya “Kamu usah jadi pemburu.” “Kenapa tok?” Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih [...]