// you’re reading...

Filem Seram

Filem : Congkak

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti.

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama. 

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

————————————————————————————————————————-

Sebagai peminat filem seram , CONGKAK memang aku nanti-nantikan di pawagam.Tengok trailer pun aku dah teruja terutama intro mengenai asal-usul mistik permainan CONGKAK.

 

Discussion

13 comments for “Filem : Congkak”

  1. ini filem arr..itu david teohpun tak berani turun ke lokasi pengambaran wooo

    Posted by fysal | April 16, 2008, 12:12 am
  2. hehe..penakut jugak david teoh tu ye

    Posted by Fazamania | April 16, 2008, 9:58 pm
  3. adeh.kata org tua2jangan men congkak tengah malam..t congkak bunyi sendiri..

    Posted by ted | April 20, 2008, 12:45 am
  4. mcm best je. bagus gak kalau menyeramkan diri sekali sekala :)

    Posted by adi a.k.a amirez | April 25, 2008, 10:18 pm
  5. camner?? cam kena pegi tonton jerr filem ni

    Posted by Truckster | April 30, 2008, 10:06 am
  6. citer ni hampeh tol..
    sound effect jerk meletop..
    boleh lah tahan…
    intro mmg da bomb!!!

    Posted by deennasour | May 5, 2008, 8:18 pm
  7. ceriter niey memang best n seram giler..memang enjoy tengok ceriter niey!! byk suspens n bagi i filem niey lg seram drpd filem jangan pandang belakang…

    Posted by shazreen | May 12, 2008, 4:29 pm
  8. tak tgk,takbesh

    Posted by xRUHULx | May 14, 2008, 12:36 pm
  9. Congkak…….
    ish ish ish…
    cmna nak main congkak?
    leh ajar tak?

    Posted by Sharil | October 25, 2008, 9:33 am
  10. citer nie lbh best dr jgn pndang blkang tp sygnyer kutipn filem nie x dpt mengatasi pn filem jgn pndang blkang

    Posted by chocmilk | April 29, 2009, 11:05 am
  11. aku n adk aku salu gak main congkak mlm mlm. tu pun klau borink. xde jd pa pe pun.

    Posted by tebaboO | June 28, 2009, 7:15 pm
  12. Hampeh..x best sangat la citer ni.buang2 masa pun.(korang tengok nenek kebayan tu cam orang nak pi halwin).

    Posted by Endou_hiro | July 22, 2009, 1:58 pm
  13. sebenarnya ini apaan sieh?

    Posted by mamas mutmainah | October 30, 2009, 4:03 pm

Post a comment