Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.Untuk pengetahuan semua , artikel ini bukan untuk merendah-rendahkan orang kita cuma untuk mendedahkan sedikit sisi hitam pengaruh ilmu sihir dan amalan khurafat yang masih diamalkan oleh orang melayu dinegara kita.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Ilmu hitam ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
apa la, tak gentle langsung nak ngurat pakai sihir..
org melayu mmng tak gentle. nampak luar je santun, tapi kat dalam sgt keras. penuh dengki dan rasa tak puas hati. nauzubillahiminzalik..
memang betul wujud ilmu santau dan sihir ni.ayah saya skrg sedang menderita dan emak saya telah meninggal 3 bulan lepas kerana buatan orang…saya pun xtahu apa yang mereka inginkan..mungkin semua ini hanya Allah sahaja yang tahu………
tu lah org ckp, jgn tgk dari luar..
no komen
Semua yang pernah melakukan itu sihir,atau dengki,marah,benci,cinta.Semua pun ada balasanya.Saya sendiri pernah melakukan nya.Tapi sekarang saya sedar,dan saya takut,akan balasan dari tuhan.Sekarang ini,orang mau berbuat apa pun terhadap say.Saya terima dengan berlapang dada,sebab mungkin ini hukuman terhadap saya,setelah apa yang saya lakukan terhadap orang lain.Saya juga sedar,dan saya kasihan terhadap dia,dan akhirnya apa.Saya sendiri yang mencari obat untuk orang itu,agar cepat sembuh.Saya manusia,tidak tau kapan dan bila akan di ambil oleh tuhan.Dan mulai sekarang,saya bahagia dengan rumah tangga saya,dan dengan anak2 saya.
kuarge saya dh lame kene sihir.ubatye,baca surah al-fatihah,surah al-ikhlas 11 kali,surahyunus ayat 81-82,surah al-a’araf 118-121,surah thoha ayat 69 dan surah al-hasyr ayat 18-habis.insyaAllah d lindungi Allah
Salam, maaf tapi fakta berkenaan langsuir berasal daripada wanita mati beranak adalah salah. Ini kerana apabila ada wanita mati bila melahirkan anak, dalam agama Islam dia dianggap mati syahid… jadi bagaimana dia(simati) boleh menjadi syaitan pula? Waspada helah syaitan yang selalu cuba membuat manusia melihat yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik…
Yang sebenarnya berlaku(kemunculan pontianak apabila berlaku kematian seseorang wanita apabila bersalin) adalah:-
1-Wanita tersebut semasa hayatnya mengamalkan ilmu salah (penanggal,dll) maka belaan-nya itu (jin) yang menyamar menjadi langsuir sebagai isyarat kepada mereka yang mengamalkan ilmu salah bahawa ada belaan tidak bertuan*
2-Helah syaitan untuk menyesatkan umat manusia sesuai dengan janji Iblis kepada Allah …
Wassalam.
Tulah org melayu, penuh dgn hasad dengki smpai sanggup mlihat org lain mderita dan yg paling teruk shinggakan sanggup berkawan dgn SYAITAN asalkan dpt mlunaskn dendam dihati..?????? ISK-ISK……
Tulah org melayu, penuh dgn hasad dengki smpai sanggup mlihat org lain mderita dan yg paling teruk shinggakan sanggup berkawan dgn SYAITAN dan berani untuk menyekutukan ALLAH SWT asalkan dpt mlunaskn hasad dengki dan dendam dihati..??????
apabila berlaku sakit atau mati, ucaplah Innallillah wain ilaihirojiun. Tiada kuasa lain yang berkuasa memudaratkan atau mematikan manusia kecuali Allah swt. jaga-jagalah daripada kesesatan iman. Pesanan untuk iilah
ape yang penting sekarang nie ialah solat ..jgn tinggal solat sebab itula satu2nye benteng orang islam dari dulu lagi ..xbrsolat ilang cahaya(nur) diwajah kita..faham..
memang dasar pengecut orang yang guna sihir ke jalan kejahatan nie ..yela dah xde orang yang brminat ngan korang jgn la buat tahana kat org laen yang xbrdosa..mohon doa kat org cam nie untuk dibuka pintu ati korang yee..kalau xnak gak trserah kat Allah Yang Maha Esa..
OK
Buat pengamal sihir di luar sana, apa yang anda cari di atas dunia yang hanya sekejap saja. Ingatlah janji Allah itu adalah benar. Alam Akhirat kekal abadi