// you’re reading...

Uncategorized

Kapal Berhantu – The Flying Dutchman

Pernah menonton cerita kartun iaitu The SpongeBob SquarePants ? Jadi , anda mesti mengenali watak  lanun iaitu The Flying Dutchman yang suka menggangu penduduk Bikini Bottom.Itu adalah versi kartun.Bagaimana pula dengan versi lagenda The Flying Dutchman?

Mengikut fakta , The Flying Dutchman adalah seorang kapten kapal yang bernama Kapten Falkenburg yang telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan.Kononnya , Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya itu menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya sehingga ke hari pengadilan.Pertemuan yang tidak diduga dengan kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka mempunyai cara untuk mengelak daripada kapal berhantu tersebut dengan memakukan badam kuda di kapal mereka untuk perlindungan.

Ramai yang mengatakan , mereka pernah terserempak dengan kapal berhantu tersebut terutama di Cape of Good Hope , Afrika.

Penemuan Yang Direkodkan.

1823 : Kapten Oweb , HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan TFD.

1835 : Semasa kapal british dilanda ribut , sebuah kapal yang didakwa sebagai TFD secara tiba-tiba telah melanggar kapal mereka dan tiba-tiba hilang begitu saja.

1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bacchante termasuk King George V telah melihat sebuat kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya , salah seorang daripada mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu tersebut.

1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD

1939 : Beberapa orang di sebuah pantai terkejut kerana melihat sebuah kapal usang yang tiba-tiba HILANG!!

1941 : Saksi dipantai Glencairn mendakwa sebuah kapal usang merempuh sebuah batu dan juga hilang.

1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 : Sebuah kapal Straat Magelhaen hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD.

Mengikut penjelasan yang munasabah, oh!! sudah tentu penjelasan daripada pihak yang tidak mempercayai kisah lagenda ini , orang yang pernah terserempak dengan kapal berhantu The Flying Dutchman mungkin berhalusinasi yang dipengaruhi oleh keadaan laut yang berkabus , ilusi optikal dan sebagainya.Namun , beberapa pihak menolak pendangan ini kerana tidak mungkin akan berlakunya halusinasi mengenai sebuah KAPAL USANG.

Sumber : flying-dutchman-source

Discussion

6 comments for “Kapal Berhantu – The Flying Dutchman”

  1. menarik,
    ape sebab dorang kena paku ladam kuda?
    eh,badam or ladam?

    Posted by z3t_ex | February 21, 2008, 1:06 am
  2. best gak citer nie..jadi itu semua kebesaran Allah S.W.T…

    Posted by jiraiya | February 10, 2009, 5:46 pm
  3. jadi yang spongebob tu betui??

    Posted by anne | March 28, 2009, 1:46 pm
  4. mcm citer pirate of caribean tu ker????

    Posted by ieyda | April 23, 2009, 8:52 pm
  5. mcm pelik je…tp nape zaman sekarang x ada pn laporan org yg brtemu dng TDF nape hanya berlaku pd zman dulu

    Posted by chocmilk | April 28, 2009, 11:00 am
  6. aa..ladam or badam?
    badam tu bkn bskot ker?
    tp aper pn aku sker cte2 yg cm nie………

    Posted by EyeD | June 21, 2009, 9:16 pm

Post a comment