// you’re reading...

Misteri Asia

Malim Kundang

Kita pastinya pernah mendengar cerita seorang anak derhaka yang disumpah menjadi batu.Adakah ianya sebuah lagenda atau mitos yang digembar-gemburkan secara turun temurun? Kali ini, blog saya akan membawa anda meneroka kembali kisah Malim Kundang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu.

Tetapi sebelum itu , tahukah anda bahawa kisah Malim Kundang ini mempunyai persamaan dengan Kisah Si Tanggang yang berada dalam lipatan lagenda rakyat negara kita.

Siapa itu Malim Kundang

Malim Kundang adalah anak tunggal sepasang suami isteri nelayan di Desa Air Manis. Sebelum lahir, Malim ditinggalkan ayahnya yang tidak pernah balik ke desanya dan setelah dia dilahirkan terpaksa dipelihara oleh ibunya dengan keadaan hidup yang penuh penderitaan.

Malim Kundang Merantau

Setelah dewasa Malim meminta keizinan daripada ibunya untuk pergi merantau dengan dibekalkan nasi bungkus daun pisang.Sejak pemergian itu, ibu Malim tidak pernah mendengar khabar berita tentang anaknya itu hingga bertahun-tahun lamanya, sehingga usia ibu itu semakin lanjut dan bongkok dan akhirnya ibu tua itu mendapat berita daripada nakhoda kapal yang dahulu membawa Malim mengatakan anaknya telah berkahwin dengan seorang gadis jelita anak seorang bangsawan yang amat kaya.

Kembali Ke Desa

Setelah sekian lama menunggu kepulangan Malim, akhirnya pada satu hari sebuah kapal besar yang cantik belayar menuju ke pantai Desa Air Manis.Dalam kemeriahan penduduk Desa Air Manis menyambut ketibaan kapal itu, ternampak seorang anak muda berdiri di anjung kapal, ibu tua percaya anak muda itu adalah anaknya Malim Kundang.

Ibu tua itu memanggil anaknya:
”Anakku Malim, mengapa kau begitu lama tidak memberi khabar berita.”

Tetapi isteri Malim yang jelita telah meludah sambil berkata:
”Wanita buruk inikah ibumu, mengapa kau membohongi aku?”

Disebabkan terlalu malu kepada isterinya, Malim terus menendang ibunya sambil berkata:
”Hoi perempuan buruk, ibuku bukan seperti engkau.”

Selepas itu Malim bersama isterinya terus belayar dengan kapalnya meninggalkan Desa Air Manis dan setelah melihat kapal kenaikan anaknya semakin jauh di tengah laut, orang tua itu terlalu sedih atas perbuatan anaknya.

Sumpahan Ibu

Dengan linangan air mata, akhirnya dia menadah tangan ke langit sambil berseru dengan hati yang amat sedih dan pilu:
”Oh Tuhanku Yang Maha Kuasa, kalau memang benar dia anakku Malim Kundang, aku sumpah dia menjadi batu.”

Tidak lama kemudian, tiba-tiba datanglah angin kencang dengan ombak besar bergulung-gulung hingga larut malam dan apabila matahari pagi memancar sinarnya, di kaki bukit di pinggir Desa Air Manis ternampak kepingan kapal yang telah menjadi batu.Hingga kini batu Malim Kundang di pinggir bukit Desa Air Manis terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dan bukit Desa Air Manis menjadi saksi peristiwa tersebut.

Discussion

21 comments for “Malim Kundang”

  1. syurga dibawah tapak kaki ibu..

    Posted by fikry | June 18, 2008, 3:28 pm
  2. [...] son is called Malim Kundang… And there are visual evidence too… Have a look at this site, more preferably, at midnight… It gave me the creeps… And here are more [...]

    Posted by #50 « Blog Archive « M for Mucim | July 29, 2008, 11:40 am
  3. janganlah kita berkelakuan seperti malim kepada ibu kita kerana kita juga akan dapat nasib yang sama seperti dia…

    Posted by hanisah | September 20, 2008, 2:19 pm
  4. masyaAllah….sayangilah ibu anda kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu….add saya kat=nisahnahizam@yahoo.com 6**9
    8

    Posted by puteri nur syazanna | September 21, 2008, 9:14 pm
  5. jangan lah kita berkelakuan seperti
    MALIM KUNDANG kerana kita juga akan mendapat balasan yg sama sepertinyer….(pesanan daripada JAKIM)

    Posted by hanisah | September 21, 2008, 9:21 pm
  6. tu la malim sp sruh ko tendang ibu ko, ptutnyer ibu ko yg tendang ko, pstu ko tendang la isteri ko.
    syurga di bwh tapak kaki sp?
    ikut turutan.

    Posted by Sharil | October 25, 2008, 4:07 am
  7. setinggi mana pon kebaikan yang kita buat tapi kalau derhaka pada ibu x kan dapat masuk syurga juga……

    Posted by Eya | November 8, 2008, 7:35 pm
  8. malim…malim…kan dh jadik batu…nasib baik tak kena sumpah jadik lesung batu

    Posted by sumandak | November 15, 2008, 2:02 pm
  9. mmg cite ni berlaku..dan tuk pengetahuan korg desa air manis adlh berdekatn dgn pantai air manis.. iaitu pantai di kota padang, sumatera barat indonesia…

    Posted by putri | December 13, 2008, 2:10 pm
  10. dan satu lg mmg ade kaitn dgn tanggang sbb ia dicedok dr cite malin kundang..lgpn dr segi sjrh tanh melayu aslny sebhgian dgn kepulauan sumetara..jd xde yg pelik pn ttg kebetuln 2 2 cerita ni.. lgpn yg betul2 real adlh cte malin ni sbb mmg batu tersebut ade di pantai air manis,padang sumetara barat indonesia di malaysia xde bukti pn.. so bukn cite dongeng..tp real…

    Posted by putri | December 13, 2008, 2:15 pm
  11. keberaran lagi terang dan nyata………tapi anak anak sekarang ambil endah tak endah,
    zaman rasul kebenaran mujizat,kesultanan raja-raja dolat dan pada ibu dan bapa pun masih terbukti keajiban yg allah kurniakan.
    ingatlah pada isteri x berwaspada pd suami ,si-suami haruslah berhati-hati berkata x pd ibunye mau pun luahan dihati…………..sianak jgn sekali kali mengecilkan hati ibunye.

    Posted by yazid | January 8, 2009, 4:03 pm
  12. masyaAllah,hmm…ni lah die hukuman yang Allah berikan pada hambanye yang takbur dan sombong ..semoga menjadi pengajaran yang bermakne wat kite.

    Posted by amy_91 | January 24, 2009, 12:10 am
  13. na…..rasa ko malim mcm na jd batu………..

    Posted by mayu | February 4, 2009, 4:23 pm
  14. Malik kundang jd batu selama2nya tp stone cole hidup plak kena sumpah gak ke???

    Posted by si bodoh | February 4, 2009, 11:16 pm
  15. sharil n sumandak nie lawak la,nak tegelak aku..

    Posted by fatin | February 14, 2009, 4:04 pm
  16. ni cerita yg sengaja diputar belit oleh penjajah..setiap cerita kehebatan bangsa melayu dipatahkan dengan unsur2 sentimental..diorang tau jiwa melayu mmg lembut..mcm citer
    mat jenin..bkan ke hebat jd saudagar pada masa tu?ni saja nak halang bangsa melayu dari punya planning n impian..lagi pun nama aku malim jugak..tapi bukab kundang mari..rawang jugak..dekat2 je tu..

    Posted by malim | May 4, 2009, 9:38 pm
  17. OMG !!!!

    Posted by Finna Nurlaily | May 5, 2009, 1:56 pm
  18. lOrh , semuanye kuase tuhan rite?
    tp , ape2pun bgus gk die buat mCm nie coz bg org sedar dgn ape yg dieorg buat selame nie , n b’tape pentingye ibu-bapa dalam hidup nie ..

    allah tue kalau nk bagi cash je skrg ..

    ingatlah sume k

    Posted by aNoNymOuse | June 22, 2009, 4:54 pm
  19. Salam bersua kita semua….tentu fikiran kita tertanya-tanya tentang cerita yang ada persamaaan….Mungkin inilah satu keistemiwaan ke tiga negara jiran mempunya ceritanya yang mirip ada persamaan tetapi tidak serupa tentang imej yang ditonjolkan…Cerita ini bukan saja terdapat di Indonesia dan Malaysia tapi di negara Brunei Darussalam juga terdapat lagenda cerita tersebut.
    Jika Indonesia mempunyai lagenda Malim Kundang dan Malaysia juga mempunyai lagenda Si Tanggang,begitu jugalah Brunei mempunyai lagenda Nakhoda Manis….

    Begitu jua saperti Di malaysia ada mempunyai Lagenda Batu Belah batu Bertangkup….Di Brunei pun juga mempunyai Batu Belah Batun Bertangkup….

    Sejauh manakan kebenaran dan fakta cerita ini…Saya sendiri tidak berani menjawabnya…. Yang hanya dapat menjawab fakta dan kebenaran cerita tersebut adalah mereka yang pakar di bidang sejarah……

    Posted by HAJI ROMZI | July 13, 2009, 4:22 pm
  20. mmg benar,,syurga dbwh tapak kaki ibu xternilai harga kasih sayang seorang ibu jika dbandingkan dgn emas dan permata..sayangilah ibu2 anda!

    Posted by christina | August 22, 2009, 5:04 pm
  21. Nasib baik ler bukan jadi masa sekarang. Kalu tak, mau jugak mak dier sumpah anak dier jadi Mercedes ker Ferrari ker, banglo full furnish ker…kalu dah kaya mak dier…kalah tokei Sendayu Tinggi..hehehe

    Posted by lankuca | October 15, 2009, 4:38 pm

Post a comment