Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun Ramli bekerja di situ.
“Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ?” Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.
Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran dengan Ramli dahulu. Boleh atau tidak, Ramli akan putuskan.
Tapi kali ini Ramli terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu Ramli menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. “Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,” pinta Rasidah lagi.
Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini? Gunung ini ‘bernyawa’. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.
Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.
Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali Ramli menghalang, ada-ada saja alas an yang diterimanya.
“Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…” rayu Rasidah, tinggi suaranya.
Tok wan mana pula, fakir Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena! Segera Ramli amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian!
“Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan,” kata Rasidah lagi.
Puteri? Siapa puteri? Fikiran Ramli semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya? Mengapa lain benar percakapan mereka?
Lalu Ramli cuba menakut-nakutkan mereka. Ramli katakana hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.
“Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada!” jawab Rasidah. Ah! Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu? Siapa pula puteri itu?
Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. “Puteri Delima. Puteri Delimaaaa!!” Ramli terpaku. Siapa yang bercakap? Darah Ramli mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak dating, fikirnya berulang.
“Sayalah Puteri Delima!” kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee…! “Saya nak jumpa tok wan! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!!” kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.
Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, Ramli terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.
Esoknya Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan Ramli, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.
Pada Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.
Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.
Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.
Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.
Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.
Sebenarnya Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, Ramli diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.
“Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,” kata Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.
Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.
Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang terjadi?
Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu? Mesti ada sebab lain.
Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan-hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.
Ramli selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.
Di pinggir air terjun pula, kata Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.
Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. “Ini kerja bunian,” berkali-kali dikatakan begitu.
Oleh kerana itulah Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala akan menimpa.
“Kalau ada apa-apa perkara yang pelik, jangan tegur. Diam! Kalau ternampak benda-benda ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian,” pesan Ramli.
Gunung itu sering ‘mengambil nyawa’ manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. Ramli percaya semua itu angkara bunian.
Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa Ramli, dia akan berpesan, “Hati-hati. Jangan main-main dengan Gunung Jerai. Tempat ini keras!”
SUMBER : Kedah2u.Com
Assalamualaikum……Terpana seketika apabila saya terbaca kisah mengenai misteri gunung Jerai yang dikatakan tempat keras dan banyak mengorbankan nyawa manusia yang berniat tidak baik..Gunung jerai menyimpan seribu misteri yang merupakan sebuah perkampungan bunian yang besar, Buniah adalah makhluk Jin yang mendiami kawasan hutan di mana kita tidak dapat melihat alam mereka melainkan jika diizinkan. Merungkai persoalan yang seringkali bermain di fikiran sejak saya kecil lagi iaitu mengenai moyang saya. Beliau di katakan hilang di kawasan gunung jerai iaitu ketika sedang membuka tanah untuk penanaman padi huma…Kejadian ni berlaku kira-kira 60tahun lalu.Beliau yang merupakan seorang petani hilang tanpa mayatnya dijumpai..Setelah beberapa lama kehilangannya,seorang bomoh menyatakan bahawa moyang saya telah berkahwin dengan seorang puteri bunian kerana sebelum beliau hilang beliau telah menyatakan bahawa beliau telah terjumpa dengan seorang wanita yang cantik jelita dan berhasrat ingin mengahwininya..sehingga hari ini, kehilangannya tidak dapat dikesan…Tapi bolehkah manusia hidup di alam bunian? dulu saya pernah berhasrat untuk ke gunung jerai tapi hasrat saya ditentang oleh ibu saya..Sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya adakah moyang saya masih hidup dan menjadi sebahagian daripada makhluk bunian?
BETUL DAN BENAR CERITA DIATAS.
bunian makhluk jin?aku penah bace psl bunian neh,dorg ckp dorgpon manusia,tp kaum ne kna sumpah and ghaib..Wallahualam..
Walaupun tidak terdapat dalam sirah atau hadis yang sahih, tetapi banyak kisah yang menyatakan bahawa bunian memang berasal daripada manusia biasa.
Kerana penghulu mereka sendiri telah memohon untuk kaum mereka dilenyapkan daripada pandangan mata kasar manusia biasa, zat asal mereka iaitu tanah, telah di campurkan dengan zat jin, iatu api.
Oleh itu, boleh dikatakan bunian adalah separa manusia dan separa jin. Oleh sebab itu, mereka boleh ghaib dan wujud dalam pandangan manusia. Malah, ramai yang telah berkahwin dengan bunian dan ada yang tinggal terus di alam mereka.
Tetapi, walaubagaimana baik atau cantik pun bunian, kita harus ingat, mereka adalah separa jin dan sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin. Jadi, berhati-hatilah jika terserempak dengan mereka.
Jika ada masa, InsyaAllah, saya akan karangkan cerita tentang asal usul bunian ini di Kedah2U
aku penah berkhemah kat sana dulu taun 2001..3 hari kitorang kat sana..
but hari yang kedua kitorang lewat bangun untuk solat subuh..semua tak sedar..kecuali komander kitorang..actually dia pun lewat..tapi dia tersedar sebab terdengar orang azan..dia pun cepat2 g surau ambik wuduk nak sembahyang..then dia cepat2 masuk surau, yang peliknya dalam surau tuh takde orang..
dia pun sembahyang la sorang2, bila dia angkat takbir jer dia dengar macam orang ramai berpusu2 masuk surau..dia pun niat imam..masa part “amin” (lepas abis surah al-fatihah), dia dengar macam ramai sangat suara makmun dia..then bila abis solat dia pandang belakang takder sorang pun makmun..
so pertama, sape yang azan subuh pagi tuh?? sedangkan bila dia masuk surau tuh dia tak nampak sorang pun manusia..logiknya, atleast mesti ada sorang(yang azan subuh tuh)..kedua, sape makmun dia yang ramai2 tuh? yang aku nak tau..orang bunian tuh islam ker?
Jika sesiapa ingin merasai atau menyelami alam ghaib boleh mencuba walaupun tiada ilmu secara mendalam mengenai alam ghaib. Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan cara meditasi dan berdzikir dimana-mana tempat sunyi dan tenang atas Gunung jerai. Tumpukan deria keenam anda @ pejamkan mata dan buka mata hati, buka deria pendengaran…lama kelamaan selalunya selepas 30 minit – 1 jam anda akan mendapat menghidu haruman (salah satu dari empat jenis bauan: jenis bunga, setanggi, attar/kasturi serta kemenyan) dan merasakan ada pergerakan dan mendengar bunyi yang aneh. Jika selalu berlatih seperti demikian anda akan lebih memahami alam ghaib dan melihat secara terang tanpa apa-apa gangguan dan masalah @ bahaya…sedikit pengalaman dari saya.
saja nak tnya org bunian ni jahat ke?i thought drg ni baik cuma mereka tak suka kena kacau sama jugak macam kita.
aku tak pena jumpe bunian…
tapi aku pecaye cter pasal bunian..
plizzzz…
sape ley t0l0ng aku..???
aku nak taw lbey mendalam pasal bunian ni tapi tak taw caner nak carik..
sape2 yang ley t0l0ng email aku erk..myzteriouz_ryanzz@yahoo.com
Apa kata sape2 yg berminat kt berpakat pergi ke gunung jerai atau ledang utk mencari apa itu bunian.ini sekadar pendapat sy…siapa setuju..
hemm bunian?
asal kite jgn kcau diorg sudah la.
gunung tu ciptaan tuhan utk mmberi manusia biasa seperti kita menikmati keindahannya. btol tak?
Salamzzzz…
Untuk pengetahuan hempa semua,yang di panggil bunian tuh sebenarnya Jin Islam,jin nih hidup berbagai puak dan agama,contohnya jin kafir ,hidup berpuak ,setiap puak akan merupa bentuk yg sama dgn sesama puak depa,kadang2 hempa dgr cerita pasal sarrang hantu pontianak,langsuir..tuh semua jin kafir…dalam Kitab Suuci Quran takdak tulih pasal hantu,pasal bunian..yang ada pasai jin islam,syaitan(jin kafir),iblis(ketua) dan Qareen(saudara manusia)..aku sendiri ada pengalaman 5,6 kali pi naik gunung jerai waktu tgh pagi..tapi naik kereta laaa…
tapi Alhamdulillah takdak apa yang jadi pun…Niat dan hati kena bersih..kalau tak percaya,kasi email..aku nak send picture aku kat hempa… Cuma pesan aku,lebih dalam hempa mempelajari Islam,lebih luas pengetahuan hempa pasai Ghaib nih… Assalammualaikum
schoolprotest@hotmail.com
yg penting kita paham erti kata sebenar alam yang di janji tuhan iatu alam di sebalik benar ada tapi dia orang tak muncul di kala matahari masih timbul kalau adajodoh mukim allah t\unjuk kat kita di waktu bulan timbul biasanya disiang hari kita akan dengar suara suara nya tapi rasiah nya kena sendiri pegi baru napat merasai apa yang di kata tapi kalau lah kita sedar makluk yg paling istemewa adalah kita sebab sebaik baik maklum ciptaan tuhan adalah manusia
apsal bunian suka ngan manusia ek? diorang tak suka ngan org diorang sendiri ke? itu yang aku conpius ngan org bunian neh.
eii suke ati dia la nak suke saper itu selera dia nak buat camna..kan dia suka kat ko kan abis la ko..x cukup tnh mau lari arr…ngeh3
asalammuaikum…
Mengenai cerita yg diatas,adakah benar atau tidak sy tidak tahu.. tapi dimaklumkan sy pernah berada di gunung jerai pd 15/2/2009.. kehadiran sy ke sana adalah menikmati keindahan ALLAH SWT..cuma sy nak menceritakan perkara2 yg tidak baik yg manusia lakukan di GUNUNG JERAI.. seperti:-melakukan maksiat dan melakukan perkara yg dilaknat ALLAH SWT.. Di kawasan telaga tok sheikh ada colok cina dan ada beberapa bunga2 yg seperti mandi bunga.. cuma disini.. diingatkan sesiapa berada disana niatlah mencari keindahan ALLAH SWT…
assalamualaikum..sahabat islamku semua, org bunian ni istilah dlm bahasa melayu yg org kita guna. diorg tu smua jin. jangan terpengaruh ngan jin2 ni smua. menurut ustaz Ismail Kamus, konon nye d zaman Rasullullah dulu puak2 jin ni bertelagah. pas2 Rasullullah putuskan supaya jin islam ditempatkn di gunung2 dan kampung2 manakala jin kafir d letkkn d antara gunung dan laut (ada gunung n laut kat area 2 la)org bunian ni kira jin islam la. tp sentiasa la kita ingat, sejahat manusia adalah sebaik jin.. wallahualam.
eh aku orang kdah tp aku x pnah g pun gunung jerai.. tp aku peceya ar dngan cter orang bunian ni.. tul ckap korang klu kter x kcau diorang x de masalah ler.. tu trletak pde diri kite sendiri ar kalu niat kite elok insyalla x de ape yg blaku….
fuh menarik benor cerite2 korang semua ni..
tapi jgn taksub sgt nga benda2 ni semua..
jgn laa duk kaji sgt benda camni..
kan jd syirik baru tahu..
Aku ni orang bunian la..korang nak jumpa awek2 kitorang tak??cun melecun oii….
ikut daripada apa yang aku dengar dari guru aku, bahagian bawah (kaki gunung) Gunung Jerai itu letaknya kerajaan syaitan. dibahagian agak atas gng jerai itu letaknya kerajaan bunian, tetapi pintu masuknya adalah melalui jalan hutan. dibahagian paling atas gng jerai itu puncak gunung itu (atas dan berdekatan pemancar telekom)merupakan kerajaan Wali-Wali Allah. pihak tentera yang dok kat atas kem tuh tahu ttg citer wali kat atas nie. pintunya mesti melalui sebelah kem askar tersebut. Telaga Tok Sheikh diambil nama sempena nama Sheikh Abdullah iaitu sorang wali Allah yang telah mengislamkan Sultan Muzaffar, yakni Sultan Kedah yang pertama. Padang Tok Sheikh pula dijaga oleh Tok Chik. dan yang paling penting the very big boss untuk semuanya dikenali sebagai Tok Ayah. Wallahualam.
saya ada pengalaman juga terserempak bunian kat surau gunung jerai…biarlah menjadi rahsia.begitu mistik dan menjadi ingatan saya hingga ke hari ini..
ok
ok
Ada beberapa persoalan:
1.Tentang komen oleh hereditary, kalau betul ada bunian yg ikut jadi makmum pada komanden tu subuh tu, maknanya, memang bunian iktiraf manusia lebih baik dari mereka. Mereka tak suruh org jenis dia jadi imam bila manusia ada solat bersama ?
2.Org bunian lagi suka solat di surau yg disediakan oleh manusia.
3.Dalam dunia bunian, takde sungai, sebab tu puteri dia pun suka mandi di sungai atau air terjun alam kita. Mungkin air dlm alam bunian rasa mcm angin aje, jadi tak membersihkan ?
4. Kalau betul mereka pun ada mcm manusia, bermakna tak semua bunian lawa seperti yg dibayangkan oleh kita !
salam untuk semua,mendengar crita2 kalian aku pun terasa ingin melihat alam bunian dgn lebih dekat sbb mereka lebih patut dgn ajaran allah berbanding kita manusia yg lalai ni….dngn cara ni kita lebih merasa insaf…
aku asal kedah,mmg benar ttg gunung jerai,tmpt ni menyimpan pelbagai khazanah,kapal2 bnyk berlabuh di sini,kerana dulu kwnsan kedah ni diliputi oleh lautan,lama2 air makin kering timbulah daratan,bnyk jgk kisah2 aneh yg aku dgr,ttg setengh org yg p menurun no ekor kna timpa bala,x jmpa jalan blik,tmbah klau bt maksiat lgi la teruk,tmpt ni kira tmpt yg suci la,sbb mnyk wali2 dan p bertapa di situ…aku harap klau sapa2 nk g sana bersihkn hati,jgn niat bnda pelik2,klau nk ambik apa2 pon minta izin dulu,semua ni pesan org tua2….allahualam…
mmg benar apa yg dikatakn,negeri kedah meyimpan pelbagai rahsia yg blom lagi di rungkai,terbaru dikatakn kedah memiliki kilang megusahakn emas…dlm proses kajian
pakat2 la mai kedah….
Salam,
Sesuatu perkara yg kita nak sampaikan kenalah kita mengaji dan mengkaji dulu dan biar sampai kita sendiri yg merasa atau mengalaminya sendiri…..baru kita boleh cerita…..jangan hanya mendengar terus bercerita………..barulah apa yg kita nak sampaikan tu bertepatan……..bukannya agak-2. Siapakah bunian tu, apa perhubungan mereka dgn manusia dan jin………..dah kita faham baru buat kesimpulan………” Tidak Ku jadikan jin dan manusia hanya utk beribadat kepada KU “
sape2 y’ ada pngalaman d alam bunian kongsi2 kn la pengalaman kalian.kami y’ x b’peluang mdalami alm bunian sbnrny teringin jg mngetahui sdikit sbanyak perihal nun d sana..
Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t, pentadbir sekelian alam. Bersyukurlah dengan nikmat dan rahmatnya…
Seronok bca komen korg ttg alam bunian nie.. kna plak ble bca dimalam sepi fuhhhh seram gak bulu ketiaq aq hahaha..
Salam Semua,
Jawapan utk abg spider.
1. Mmg benar…..manusia lebih tinggi darjatnya dari semua makhluk Allah swt. bukan bunian saja…tapi manusia juga lebih hina dari binatang jika dia tak menjaga adab sebagai seorg muslim. Jadi perkara biasa la kalau bunian dan jin berimankan manusia bila bersolat.
2. Surau/Masjid adalah tempat beribadat…….jadi tak kira dialam manapon ianya tetap akan dijadikan tempat beribadat. Tak kira la manusia ka, bunian ka, jin ka, malaikat ka…..atau makhluk-2 Allah yg lainnya.
3. Apabila bunian, jin, pari-2 dan dewa-2 suka bersiram atau mandi di sungai, kolam atau air terjun di alam manusia, bukan bermakna ditempat/alam mereka tak ada semua tu…..ada sama macam kita juga……tapi itulah yg dikatakan kelebihan benda-2 yg ada dialam zahir ni…..ianya lebih suci dan menyucikan dan khasiatnya lebih dari yg dialam ghaib.
4. Sememangnya bunian mmg mcm manusia, dari segi rupa paras kecuali dlam beberapa bab tertentu dan mejoriti mereka adalah kacak dan lawa.
Pak Tam
Kalau nak ke padang Tok Shikh kena ada apa-apa persediaan tak.
Berhajat nak kesana.
Salam Anjang,
Nak ke Padang Tok Syeikh atau ke tempat lainnya di g.jerai tak perlu persedian apa, kalau setakat nak p melawat atau ziarah……….tapi kalau p untuk sesuatu tujuan…….elok la buat persedian apa yg patut……..bergantung pada niat.