// you’re reading...

Unexplained

Misteri Hujan Luar Biasa

Image Hosted by ImageShack.us

Salah satu fenomena hujan luar biasa yang menimbulkan persoalan aneh adalah yang berlaku pada musim panas di Ethiopia pada tahun 2000.Akhbar tempatan melaporkan bahawa dikawasan tersebut bertan-tan ikan turun daripada langit – ada ikan yang masih hidup dan mati – menimbulkan rasa panik dikalangan penduduk di wilayah tersebut.

Kajian dilakukan dan mendapati bahawa ikan tersebut terperangkap di dalam ribut dan puting beliung.Lalu,ikan tersebut diterbangkan dari kawasan yang berbatu-batu jauhnya. Walaupun kajian tersebut boleh dipercayai, namun misteri disebalik kejadian tersebut seperti hujan ikan,hujan burung hering,hujan katak tidak dapat dihuraikan. Mari saksikan kes-kes hujan luarbiasa yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Katak

  • Pada 1873, Scientific American  melaporkan bahawa Kansas City, Missouri  telah dihujani dengan beribu-ribu katak yang jatuh dari langit semasa ribut.
  • Selepas ribut reda pada 1901 di Minneapolis,Minnesota, penduduk berlindung didalam rumah masing-masing selepas melihat fenomena langit yang bertukar menjadi warna hijau dan diikuti dengan bunyi yang menakutkan.Bumbung dan dinding rumah mereka seperti dibaling oleh sesuatu.Apabila keadaan kembali normal,kawasan di kampung mereka dipenuhi dengan beribu-ribu ekor katak.
  • Penduduk di Naphlion, sebuah bandaraya di selatan Greece, terperanjat apabila mereka melihat beratus-ratus katak kecil hijau di kawasan kampung mereka pada tahun 1981..Institut Kajicuaca Yunani mempercayai bahawa katak-katak tersebut terperangkap semasa ribut yang melanda di kawasan utara afrika!!!
  • Pada 1995, Nellie Straw dari England tersadai di dalam keretanya semasa ribut berlaku di Scotland yang membawa beratus-ratus ekor katak.

Kejadian Aneh Lain

  • Pada 1881, ribut petir di Worcester, England, membawa turun bertan-tan ketam!!!
    Pada November 1996, kawasan perumahan di selatan Tasmania telah dipenuhi dengan obor-obor.
  • Seorang nelayan korea yang sedang menangkap ikan di kepulauan Falkland  pengsan setelah dihempap oleh sotong beku yang jatuh dari langit.
  • Penduduk di kerala,india gempar apabila menyangkakan mereka akan dihujani dengan meteor  tetapi sebenarnya ia adalah air yang dipenuhi dengan spora merah.Kejadian tersebut berlaku pada julai 2001.
  • Dari 1982 hingga 1986 , bertan-tan jagung telah jatuh dibawa ribut di kawasan  Evans, Colorado namun pihak berkuasa tempatan tidak pernah menerima laporan daripada petani yang mengalami kerugian.
  • Pada 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit di kawasan ladang milik J. L. Smith’s di selatan Carolina.Buaya itu tidak mengalami kecederaan malah merangkak menuju ke sungai berhampiran.

Di malaysia , belum ada lagi kes seumpama itu.

Discussion

13 comments for “Misteri Hujan Luar Biasa”

  1. wah sudah ada kemajuan member aku ni…tahniah la krn sudah ada hosting baru..

    Posted by chot | December 24, 2007, 6:00 pm
  2. hehe..biasa je chot..dah lama teringin nak pakai domain sendiri…jangan lupe update link baru aku ni ya.

    Posted by Fazamania | December 24, 2007, 8:25 pm
  3. Best betul web ni

    Posted by Syed Azaharul | March 7, 2008, 9:51 am
  4. Thanks syed …

    Posted by Fazamania | March 7, 2008, 9:55 pm
  5. yang last sekali tuh best.buaya jatuh dari langit! hahahahhaha..mesti mengelabah gile orang yang nampak tuh..hahaha

    Posted by hereditary | June 27, 2008, 6:24 am
  6. kan best kalau hujan duit…ha3..

    Posted by -,- | August 28, 2008, 9:22 am
  7. Buaya tu tak sakit ker..?? tinggi tu die jatuh..

    Posted by Sharil | October 27, 2008, 12:24 am
  8. Setelah membuat kajian dengan lebih terperinci.. buaya-buaya tersebut, mangambil altenetif menggunakan payung terjun untuk mendarat tanpa sebarang kesakitan pada mereka dan keluarga mereka.

    Posted by Sharil | October 28, 2008, 5:03 am
  9. yang buaya jatuh dari langit tue, penduduk die x wat zoo atau taman buaya ke?

    Posted by nas_penganalisis kematian | February 24, 2009, 3:49 am
  10. penduduk x wat beg tangan kulit buaye ke?

    Posted by nas_penganalisis kematian | February 24, 2009, 3:50 am
  11. Benda ni banyak berlaku di luar negara kerana di sesetengah tempat ada angin putar macam putih beliung / tornado. Bila dia berpusing ke atas tasik , pusaran dari air yang membawa bersama haiwan tasik yang terperangkap di bawa naik ke udara dan apabila tekanan angin putaran itu menjadi lemah, maka segala yang diterbangkan tu akan dijatuhkan ke bumi. Sebab waktu saya tinggat di US dulu beberapa kejadian macam ni berlaku dan apa yg saya katakan di ataslah sebab2nya. Wallahualam.

    Posted by Bang Om | April 25, 2009, 2:59 pm
  12. best layari laman web from fazamania…byk fakta menarik..sape nk ajar aku wat lamam web..buta IT la katakn..sesapa yg nk bg ilmu tu meh ah g kat e-mail aku..ctykus7788@yahoo.com.my

    Posted by cm | August 9, 2009, 7:51 pm
  13. aku pernah tgok hujan gadis woo !

    btol x tipu .

    tp lam mimpi .

    hee ~

    Posted by wq5166angah | December 19, 2009, 5:08 am

Post a comment