// you’re reading...

Uncategorized

Misteri Pokok Kurma di Jeddah

Seorang hartawan dan pelabur Arab Saudi sanggup menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta riyal (RM898,000) kepada sesiapa yang dapat menebang sepohon kurma di luar pusat beli-belah yang dalam pembinaan, lapor akhbar Al Youm, semalam.

Tawaran itu bukan saja lumayan, tetapi juga menarik kerana ada kisah unik di sebalik misteri pokok kurma itu sendiri yang terus berdiri di tengah-tengah kawasan letak kereta pasar raya berkenaan.

Biarpun sepohon, pokok kurma itu bukan seperti pokok kurma lain kerana didakwa ‘berpenghuni’ atau menjadi rumah sekeluarga jin, sebagaimana didakwa beberapa guru agama yang dipanggil bagi membantu meleraikan halangan menumbangkan pohon itu.

Berikutan itu, semua usaha menebangnya, daripada cara tradisional menggunakan kapak, jentolak sehinggalah ke mesin gergaji, terbukti gagal menumbangkan pohon kurma itu.Jentolak yang digunakan pula daripada yang kecil sehinggalah besar, tetapi masih gagal menyebabkan pengurus projek serta hartawan berkenaan, pening kepala.

Malah, jin berkenaan didakwa mengamuk dan mengganggu pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat lain bangunan itu selain menjejaskan operasi pembinaan pusat beli-belah berkenaan.Jin itu turut dikaitkan sebagai punca kematian seorang pekerja yang terjatuh daripada bangunan itu ketika bertugas.

Apa yang pasti, pohon kurma itu masih gagah berdiri dan tawaran ganjaran lumayan itu masih terbuka sehingga sekarang.

Sumber : Berita Harian , 6 Nov 2007

Discussion

12 comments for “Misteri Pokok Kurma di Jeddah”

  1. Bagaimana cara menghubungi pelabur itu?

    Posted by jamal | December 26, 2007, 2:51 pm
  2. saudara berminat utk menghalau jin pokok kurma tu ke ?

    Posted by Fazamania | January 19, 2008, 12:25 am
  3. mana gmbr dia?
    tunjuk lah contoh

    Posted by shamira | April 27, 2008, 1:52 pm
  4. hekhek..rasa nk hubungi jerk pelabur tuh..

    Posted by elly | May 7, 2008, 1:31 am
  5. xde gmbar xsronok r

    Posted by fikry | June 20, 2008, 4:00 pm
  6. MENAKJUBKAN JIKA BERIMAGE….

    Posted by SITI | July 26, 2008, 8:00 pm
  7. Tiket kapal terbang gi balik dia support tak..
    kalau aku tak leh cabut, kira halal je la tiket kapal terbang tu..

    Posted by Sharil | October 26, 2008, 1:45 pm
  8. xde gambo ke nyah…

    Posted by akeee | December 22, 2008, 11:03 pm
  9. Aku Rasa Mungkin Sebab..nama dia ada petir sikit semacam Petirice kita..Atau ala2 setan..sebab tu kejar dia…dia ingat kwn die uhh

    Posted by Din Petir | January 31, 2009, 11:47 pm
  10. kalo adew gambar,mungkin aku bleh tebang pokok kurma tu..

    Posted by fatin | February 14, 2009, 3:28 pm
  11. kenapa takde gambar?

    Posted by alya | April 11, 2009, 2:55 pm
  12. I ade knal kwan yg bole layan pekare2 pelik cam ni.nama die ncik syafrizal.die punya jin 17 ekor.dirumah die,jin2 tu bole suruh kerja cam basuh piring,asuh baby die,etc..etc..die bole nak tebang pokok tapi die tak bole tengok,coz die ade pantang he2..jangan marah ncik ye..jom kite pegi makan.

    Posted by Endou_hiro | July 22, 2009, 11:27 am

Post a comment