// you’re reading...

Urban Legend

Misteri Potret Monalisa

Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci.Apa yang membingungkan adalah , potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.

Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Misteri Potret Monalisa

  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

 

Teori Mengenai Monalisa

  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

Fakta Potret Monalisa

  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
  • Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Sumber : Wikipedia

Discussion

25 comments for “Misteri Potret Monalisa”

  1. sy pernah bc..yg monalisa ni adalah da vinci sendiri dlm versi perempuan..hny Allah shj yg tahu..

    Posted by fai | August 28, 2008, 3:59 pm
  2. that is so cool!! i like this!! monalisa so mistery!!

    Posted by gui wen xuan | October 19, 2008, 5:18 pm
  3. i think monalisa is cool and mistery! so i like! but i hope can put more pictures. thank you.

    Posted by leia | October 19, 2008, 5:21 pm
  4. wat the fuck!! so cool!! but strange!! i cannot imagine da vin ci is a that girl!! so shit!!

    Posted by streetbaler | October 21, 2008, 4:25 pm
  5. Aku tengok potret lain pon, seperti memandang dari pelbagai sudut kita berada..
    Da vinci mempunyai teknik melukisan yg hebat.. dia sendiri pon tak ckap apa2 pasal lukisan dia tu..

    Posted by Sharil | October 27, 2008, 2:14 am
  6. so. monalisa is misteri

    Posted by neo_ | November 15, 2008, 7:12 pm
  7. hRmMmMmMm..i think it just da vinci works..that is her hobby..why we must say it so mystery..????????think Logic guyS..

    Posted by alOng woop | February 14, 2009, 3:43 pm
  8. its really2 mystery??? i like to study about it….i was wondering…

    Posted by zedd | March 13, 2009, 3:47 pm
  9. i think it very mysterious……….besides, it also very beautiful…

    Posted by lina | April 15, 2009, 8:31 am
  10. saye rase ape teori yg mengatakan da vinci melukis gambarnya sendiri adalah betul… buktinya wjahnya seiras dgn potret mona lisa… cuma yg membezakannya adalah mona lisa brwajah prempuan…

    Posted by bihah | April 18, 2009, 5:08 pm
  11. aku tgok potret tu mcm biase je. xde pa2 pun. klau potret lain pun sme gak. seolah2 melihat kta. cume perasaan kte je. org bjiwa seni je dpt menilai sebuah lukisan. klau mcm aku ni. lukisan yg bnilai jutaan pun aku tgk mcm lukisan budak 2 thn. hahaha! dats my opinion only. joke! :D

    Posted by tebaboO! | June 30, 2009, 10:36 pm
  12. saya rasa potret monalisa nie memang mengagumkam……. sya nak sangat lhat potret nie secara berhadapan…..!!!!!!!!!

    Posted by gadis | July 13, 2009, 5:18 pm
  13. aku tgok potret tu mcm222 tah tak tahu aku nak ckp bengong aku.

    Posted by eibnie | August 31, 2009, 4:49 pm
  14. k..my.b..it’s okey..sape r kte nk m’komen owg..kan..

    Posted by b_archie_brit.. | August 31, 2009, 4:53 pm
  15. ape la nk dikesahkan sangat.. aku setuju dgn tebaboO! lukisan jutaan ringit mcm budak 2 tahun melukis.. entah aper2 laaa nk dherankan.. smpai juta2 org nk beli..

    Posted by eur n | September 1, 2009, 12:41 pm
  16. mona lisa ya kakak kmk…hehe:)mieww

    Posted by momet | September 24, 2009, 5:57 pm
  17. Urm..aku law bab2 msteri ney mmg aku suka r..lpas aku ambil seni baru r aku taw psal monalisa..hu3

    Posted by kiera | October 23, 2009, 10:23 pm
  18. aku da tgk live potret monalisa tu depan mata aku..sblm aku tgk live tu mmg aku rasa kompem biasa ja tp bila aku berdepan ngn potret tu,potret tu cam entah np aku rasa lain..cam dia bertanya khabar kat aku pastu aku cam bodoh2 ckp “fine tq” .. wallahualam..

    Posted by saymek | October 30, 2009, 3:15 am
  19. emm x takot pow..mcm biasa jer..perasaan jer tu..

    Posted by mas | November 10, 2009, 4:39 pm
  20. Salam.
    memang potret ne menimbulkan banyak tanda. sedangkan ahli saintis dan para pengkaji punbelum tentu dapat mengenal pasti punca dan identiti sebenar gambar perempuan yang lebih dikenali sebagai mona lisa itu. Salah satu sebab mengapa saya suka melihat gambar tu bukan hanya kerana dia menimbulkan berjuta pertanyaan, sedangkan Da Vinci sendiri suka melihat alis mata Mona Lisa. Tetapi apabila diperhati betul2, Mona Lisa tiada kening. Pasti ada sesuatu disebalik gambar itu. Kita lihat biasa je, tapi sebenarnya…

    Posted by Guer | November 22, 2009, 1:34 pm
  21. dnga cite ade pameran potret mona lisa dkat pusat sains negara??btol ke??

    Posted by shidi | December 27, 2009, 5:39 pm
  22. p la tgk pameran da vinci kt pusat sains negara..best2!!

    Posted by hanie | January 15, 2010, 3:21 pm
  23. sebenarnye.sy bru dpt tau psl mistri mona lisa td kt sk…sggh mnakjbkn!!!sy teringn nk tau ngn lbh lnjt lg psl mona lisa n i wnt 2 see potret mona lisa…real…xde ke nk wat pmeran kt mlysia…

    Posted by cyty | January 15, 2010, 4:31 pm
  24. saya baru pertama kali terkejut apabila mendengar yang matanya akan memandang arah pada kita apabila kita melihatnya.saya harap dapat memahaminya dengan teliti…….

    Posted by putri siti nur adilah ayuni | January 21, 2010, 6:52 pm
  25. saya harap pada satu hari nanti ahli saintis akan dapat mengetahui rahsia gambar monalisa……………………….

    Posted by ayuni,adilah,azila,afini,balqis | January 21, 2010, 6:56 pm

Post a comment