// you’re reading...

Ufo

Misteri UFO di Malaysia Tahun 1999

PADA Oktober  1999, penduduk Tanjung Sepat gempar kerana menyaksikan objek UFO. Kejadian terlihatnya cahaya yang berlegar di ruang udara atau UFO atau piring terbang bukan sesuatu yang baru kerana banyak kes yang berkaitan dengan UFO telah terjadi di negara ini.

Sebelas tahun dahulu sekitar 1984 telah dilaporkan suatu objek terbang yang tidak dikenali dikawasan Hulu Langat. Pada 1987 di Mentakab, Pahang objek piring terbang yang dikatakan sebesar sebuah kereta dikatakan telah telah dilihat oleh sekumpulan guru dan murid.

Pada 1991 di Pontian beberapa orang pemain kompang cuba mendekati piring terbang yang dikatakan telab mendarat, tetapi piring terbang itu terbang apabila dihampiri. The Malay Mail bertarikh 21 dan 24 April 1993 telan memuatkan berita mengenai terlihatnya UFO di kawasan Bangsar dan Ampang.

Allahyarham Amaluddin Darus dalam bukunya “Pelawat Dari Angkasa” menceritakan kejadian yang ber- laku ke atas seorang pelajar yang ditembak oleh makhluk kenit yang datang menaiki piring terbang sebesar dulang. Kejadian itu berlaku di Tronoh, Perak pada 1974.

Allahyarham Amaluddin Darus juga mencatatkan satu kejadian membabitkan seorang lelaki yang dikatakan terlihat objek UFO di langit di Petaling Jaya pada tahun 1950an.

Kejadian melihat UFO bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Buku “Greatest UFO Mysteries” ter- bitan Orbis Publications menye- naraikan kejadian kes-kes UFO yang terkenal telah mencatatkan satu kejadian di Kelang di mana dua buah piring terbang telah menghalakan sejenis pancaran ke sebuab kilang yang mengakibatkan kebakaran.

Kes pertama UFO direkodkan terjadi ke atas Kenneth Arnold, bekas tentera udara Amerika Syarikat. Semasa memandu pesawat ringan di Pergunungan Raineer dia terserempak dengan sebuah objek berkilat. Laporan yang dibuat ekoran kejadian itu merupakan penemuan yang penting dalam kajian UFOlogy.

Satu kes yang paling penting dalam kajian UFO ialah misteri UFO terhempas di Roswell, New Mexico sehinggakan Pegawai Pemerintah Penempatan Tentera di Roswell ketika itu mengarahkan pegawainya mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyebut tentang sebuah kapal angkasa makhluk telah terhempas.

Siapakah makhluk-makhluk asing ini? Dari manakah mereka datang? Apakab tujuan mereka ke mari? Ianya masib menjadi misteri yang tidak terjawab.

Dalam tahun 1992 adalah dikatakan 10,000 kes UFO dilaporkan di selurub dunia. Apakah benar ke datangan mereka itu untuk menakluki bumi Seperti yang digambarkan dalam cerita-cerita Hollywood?

Erich Von Daniken dalam bukunya “Chariots of The Gods?” berpendapat makhluk-makhluk asing ini sebenarnya telah melawat bumi sejak zaman purba lagi. Beliau memberi contoh hasil lukisan-lukisan yang terentang di Padang Pasir Nazca, Peru.

Von Daniken berpendapat lukisan itu terhasil dengan bantuan makhluk asing menunjukkan tempat pendaratan kapal-kapal angkasa mereka. Penulis itu juga berpendapat manusia-manusia banyak mengetahui dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada makhluk asing.

Atas sebab itulah sesetengah tamaddun awal manusia mempunyal ciptaan-ciptaan yang aneh dan begitu menakjubkan sekali.

Misalnya bateri purbakala yang masih tersimpan di Muzium Iraq merupakan satu ciptaan yang sudah tentu dibantu oleh tangan-tangan luar.

Begitu juga pembuatan kristal dan ilmu-ilmu matematik orang Assyria. Von Daniken her- kata ciptaan-ciptaan itu menunjukkan adanya manusia dari planet lain yang melakukan pemindahan teknologi.

Namun terdapat satu lagi pandangan Erich Von Daniken yang begitu ekstrim dan amat terpesong jauh. Bagi Erich “Tuhan” adalah para pelawat atau angkasawan dari angkasa lepas yang memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan kepada pendu- duk bumi. Sebab itu di dalam salah satu bab di dalam buku tulisannya “Chariots Of The Gods? beliau mengemukakan satu persoalan “Adakah Tuhan Angkasawan?” Namun pendapat sebegini tidaklah menghairankan lantaran dia seorang atheis.

Persoalan ini sengaja ditimbulkan oleh Erich kerana dia berpendapat sekiranya para angkasawan dari bumi mendarat di sebuah planet yang dihuni oleh makhluk yang menyerupal manusia primitif dan hidup seperti manusia zaman batu maka sudab tentu makhluk-makhiuk primitif itu tadi akan mempelajari banyak perkara yang diajar oleh para angkasawan dari bumi dan tidak mustahil menyembah para angkasawan berkenaan.

Menurut Erich keadaan inilah yang telah dilalui oleh manusia purbakala apabila berhadapan dengan “angkasawan” yang telah turun ke bumi ketika bumi masih berada dalam zaman pra-sejarab. Maka apabila manusia di bumi berhadapan dengan satu “keajaiban” seperti melihat kenderaan dan segala macam bentuk ciptaan baru lantas ia di sembah dan dianggap sebagai “Tuhan”. Kenyataan ini seolan-olah menghipotesiskan bahawa keadaan ini adalan titik permulam manusia percaya kepada wujudnya Thhan.

Bagaimana pula dengan cerita-cerita Hollywood yang selalu menggambarkan manusia dari langit adalah penakluk bumi yang amat merbahaya. Banyak cerita-cerita bikinan mereka yang berkait rapat dengan makkluk asing amat menjurus kepada penaklukan bumi. Misalnya cerita “V” dan “War Of The Worlds” yang pernah disiarkan di kaca tv tidak berapa lama dulu. Semuanya menggambarkan berlakunya penaklukan.

Namun tidak kurang juga cerita-cerita yang memperlihatkan manusia boleh bekerjasama dengan makhluk-makhluk asing seperti dalam cerita “Close Encounters of The Third Kind”, “ET” dan juga “Alien Nation”.

Adalah sesuatu yang menarik juga apabila membicarakan filem yang berkait rapat dengan makhluk asing yang menakluki bumi mahupun yang berkaitan dengan kerjasama makhluk asing dengan manusia bumi. Ini kerana khayalan-khayalan manusia hari mi adalah suatu spekulasi yang mungkin menjadi realiti di masa hadapan.

Menyentuh mengenai penaklukan bumi oleh makhluk-makhluk asing atau manusia-manusia dari mana-mana planet di angkasa lepas, ide-ide yang pernah diutarakan oleh Allahyarham Amalluddin Darus juga sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.

Amaluddin Darus dalam tulisan- tulisannya samada berbentuk buku ataupun rencana banyak menyentuh peristiwa turunnya Nabi Isa atan Isa putera Maryam buat kali kedua (second coming).

Daripada hadis-hadis, Nabi Isa akan mengembalikan kedamalan di mukabumi, memusnahkan segala kepalsuan dan menegakkan segalakebenaran. Isa putera Maryam akan beperang menentang Dajjal. Dajjal adalah sekumpulan manusia bumi yang melakukan kerosakan dan kejahatan dan yang bercita-cita besar untuk menjadikan golongan atan negara yang lemah “jajahan” mereka tidak kira samada jajahan dalam bentuk fizikal maupun mental.

Keadaan inilah yang dikatakan suatu kerosakan yang benar-benar melanda masyarakat bumi. Ia tidak dapat diselamaikan oleh sesiapapun melainkan sesuatu yang hebat. Kisah yang diilhamkan oleh sesetengah fliem-filem Hollywood mengenai penaklukan bumi oleb manusia dari planet lain mungkin akan menjadi suatu realiti.

Sebaliknya bumi tidak ditakluki oleb maknluk-makhluk yang wajahnya menggerunkan tetapi oleh manusia-manusia dari planet-planet lain yang diketuai oleh Isa putera Maryam.

Amaluddin Darus di dalam bukunya “Pintu Langit Mula Dibuka” dan “Isra’ Miraj dan Percubaan Manusia Ke Langit” yang membuat “hipotesis” berdasarkan al-Quran dan hadis-hadis Isra’ dan Miraj, telah menyatakan bahawa lsa Putera Maryam kini berada di Jupiter, sebuah planet di dalam sistem solar.

Dalam pada itu Nostradamus seorang ahli nujum yang hidup pada abad ke 16 telah banyak meramalkan kejadian-kejadian yang kini telab terjadi. Nostradamus yang bidup pada abad ke 16 telah meramalkan kebangkitan Hitler, pembunuban Jobn F. Keneddy, Revolusi Islam Iran dan banyak lagi.

Salah satu ramalan yang dibuat oleh Nostradamus ialah:

The present time together with the past
Will be judged by the great man of Jupiter

Kita dapat melihat betapa apa yang dihipotesiskan oleb Arnaluddin Darus mengenai kedatangan semula Isa putera Maryam, secara kebetulan bersamaan dengan apa yang telab diramalkan oleh Nostradamus. Amaluddin Darus telab memberikan pandangannya berpandukan kepada al-Quran dan al- Hadis dan hasilnya beliau berpendapat Isa kini di Jupiter. Manakala Nos- tradamus dengan kepandaiannya meramal juga telah meramalkan mengenal datangnya seorang yang agung dari planet Jupiter.

Amaluddin Darus juga memberi pandangan kehadiran Isa putera Maryam sudah tentu tidak berseorangan. Dia akan datang dengan suatu bala tentera bagi mengatasi Dajjal yang bongkak dan sombong. Sebelum Isa putera Maryam turun ke bumi bagi memerangi segala kejahatan maka sudah tentu mengirim tentera-tentera peninjau bagi menilai kemampuan manusia di bumi.

Mungkinkah UFO atau piring terbang yang sering dapat dilihat oleh segelintir manusia itu bala Nabi Isa, Allah sahaja yang me- ngetahui.

Sudah tentu bala tentera Isa putera Maryam mempunyai kecanggihan yang tiada tolok bandingnya. Tidak hairan dalam sesetengah kejadian UFO tidak dapat dikesan oleh radar pihak tentera ataupun setelit yang ada.

UFO sesuatu yang sukar hendak dibuktikan kewujudannya namun kehadirannya tidak dapat ditolak lagi. Kita sedang berhadapan dengan zaman di mana akan terjadi apa yang kita panggil interplanetry iaitu satu zaman yang mengizinkan kita mengadakan perhubungan dengan manusia di planet-planet yang lain selain dari bumi.

Discussion

26 comments for “Misteri UFO di Malaysia Tahun 1999”

  1. Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan yang perlu dibalas kepada e-mail saya….

    Mana saya hendak dapat buku krya Amaluddin Darus?
    Bolehkan anda fotostat semua buku Amaluddin Darus dan jual kepada saya dengan wang pos?

    Harga wang pos perlu ditentukan harga fotostat boleh?

    Hbungi saya dengan e-mail

    Posted by Syed Azaharul | March 12, 2008, 3:57 pm
  2. as’kum… saudara serta saudari sekalian………………..
    saya pnh di beri tahu oleh beberapa profesor malaysia yg juga pak long saya…. die memberitahu bahawa terdapat berpuluh2 Ufo yg mndarat di malaysia ini namun ia dirahsia kan…. kpd sesiapa yg ingn mengetahuinya saya meminta agar anda semua menghubungi no ini 09-774568670.. ini adalah no professor malik….. sekian……

    Posted by mirul_mat_palong_5 | August 7, 2008, 9:01 pm
  3. apa pendapat saudara kalau orang kata fenomena tersebut adalah ciptaan jin

    Posted by zaki | September 15, 2008, 2:24 am
  4. Assalamualaikum,sebenarnya kurang percaya tentang UFO tapi saya memang berminat untuk mengetahui kisah misteri ini.

    Posted by nor azera ismail | October 13, 2008, 5:01 pm
  5. ada ufo ni, aku sendiri kene kejar ufo beberapa kali on da way nak pegi surau time suboh prayer, tak caye tanya bpk aku k

    Posted by lee | October 22, 2008, 11:53 am
  6. Aku pon pernah berangan nak gi jupiter tu..
    Kalau ada mahluk asing pelawa aku gi sana.. aku folow je..

    Posted by Sharil | October 26, 2008, 11:30 am
  7. aku rasa la kn..ufo ni agent dajal la..sbb dajal dok kt pulau lama2..belajar al quran sbb tu dia bijak dan pandai pas tu lupa pulak pada allah swt kerja dajal mmg nak buat fitnah..mcm komputer ni..mata satu leh tgk satu dunia..makna nye hanya dgn monitor ni jer kita blh berhubung satu dunia..lg pn skrg ni dh bnyk fitnah yg berlaku canggih kn..
    mcm tu la teknologi dajal..dia mmg bijak klau kita amik ilmu2 al quran
    nescaya kita lg bijak tul tak?
    dlm al quran ade sejarah,fizik.geografi,sains geografi dan mcm2 lagi ilmu allah yg di trn kan kpd kita..juma kita jer yg lupa..sbb tu manusia dibumi ni dilantik menjadi khalifah tul tak..ok berbalik kepada dajal ni tadi..dia dikatakan akan terlepas apabila wafatnye nabi muhammad saw kn..skrg ni dh berapa lama rasullulah wafat tul tak..
    jd dh tiba lah masa nyer dh nak akhir zaman ni..dajal pun akan kluar la sebelum dia kluar dia suruh la agent2 dia (ufo) survey kt bumi nak tgk mcm mana keadaan manusia skrg ni canggih ke teknologi manusia? lg pn dajal nak buat fitnah ni..dia bergerak sgt pantas mcm computer..sekali klik jer.satu dunia kita boleh sebarkan fitnah tul tak..? sbb tu org yahudi cukup suka dengan dajal ni..org yahudi mmg bijak pandai mcm dajal dulu masa zaman firaun itulah zaman yg paling bertamadun sebab mereka blh cipta piramid dimana ianye blh megekalkan struktur badan manusia atau mayat dengan baik tanpa sebarang pengawet sehingga beribu tahun..kita skrg ni baru nak guna peti ais itu pn kekadang pagi letak sayur mlm dh layu… sbb tu klau kita tgk duit 1 dollar usa kita akn jumpa gambar piramid (kebangaan org yahudi/israel) dan ade satu mata (dajal digambarkan mempunyai 1 mata) kenapa gambar2 tersebut diletakan pada duit amerika..hah..ni nak citer ni..sbb nyer..ekonomi/saham2 di amerika telah pun dilobi oleh org2 yahudi (israel) kerana mereka bijak pandai dan dgn itu setiap kali israel bertempur dgn palestine maka amerika la yg sponsor dia org punye senjata begitu la jugak dgn peristiwa twin towers yg kene langgar dek kapal terbang (metal birds disebut oleh michele de nostradamme)itu suma kje2 org yahudi la tu..sbb nye wakil2 yahudi tak pernah menang pilihanraya untuk menjadi presiden amerika…ibarat nyer buah amerika dh kene pegang oleh israel/yahudi
    berbalik kepada ufo td..sebenarnye ufo ni sgt pantas..macam dajal dah..kekadang kelajuan dia mcm cahaya..380,000 kilometer per second amacam laju tak? so mcm ner agak penerangan aku ni clear tak?
    klau tak..korang pk la sendiri…assalamualaikum

    Posted by Lan | October 29, 2008, 2:14 pm
  8. qta Lom bCa wiIii….
    mek komentar thok!

    Posted by Qta dunk | November 2, 2008, 3:49 pm
  9. buku amaluddin darus banyak di perpustakaan..
    tapi saya tidak berpegang dgn kata-katanya sepenuhnya
    kerana bnyak lagi ulama’yg muktabar menerngkan tntg alien ini secara lebih mendalam..
    contohnya..
    ibn taimiyyah ‘essays on the jinn’.

    Posted by Diyana Din | November 6, 2008, 5:15 pm
  10. sya nak sgt tau psl ufo..nk kata sya pcya adalah jugak..tapi saya nk tau btul ka benda ni ada or xda..

    Posted by nulfar | November 12, 2008, 4:32 pm
  11. whre can i get amaluddin darus’s book..sangat2 menarik ape yg diceritakan..benar atau tidak…bleh jadi gila kalu kite fikirkan..skang ni aku usaha nak jadi manusia dan hamba allah yang beriman,..tuhan, bantu aku..tunjukkan aku jalan-Mu, terangkan hati, sesungguhnya aku berdosa pada-Mu…

    Posted by miss_kawaiee_nissa | January 8, 2009, 12:17 pm
  12. Canggih jugak NABI ISA AS ye.dia pakai kapal angkasa ke?Logik ke ni?

    Posted by apel | January 30, 2009, 3:07 am
  13. no comment..

    Posted by nurhan1504 | February 20, 2009, 9:15 pm
  14. crt len??

    Posted by mirafar | April 27, 2009, 7:40 am
  15. ini hanyalah sekadar ceerita.. jangan lah kita mempercayainya.. hanya kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. je yang harus kita pegang smp mati.. apa yasng diramal oleh nostradamus hanyalah kebetulan semata2.. ataupun ini adalah satu taktik atau propaganda dajal unutk menyesatkan umat islam sedunia..

    Posted by wankamal | May 14, 2009, 5:43 pm
  16. Aq sbenar nye mnat jgk cite psal UFO ni..UFO ni btl2 wjud ke @ jelmaan jin.?

    Posted by RedLine | June 4, 2009, 3:38 am
  17. betul ke crita ni??

    Posted by edmond | August 5, 2009, 8:19 pm
  18. xpyah la mek taw sgt mnde yang xpasti.. t ley jadi giler haha

    Posted by doopy | August 21, 2009, 4:06 pm
  19. btol ke ufo ni wujud..
    tah tah hayalan kite je…

    Posted by @rmad | August 30, 2009, 10:25 am
  20. rasanya makluk asing nie..suku sakat jin kut…

    Posted by takero | October 1, 2009, 3:49 pm
  21. Salam.Selepas baca artikel di atas, saya teringat semula tentang 2 kejadian saya bertembung dengan UFO yang pada mulanya langsung saya tak ambil tahu tentang cerita atau kewujudannya.Tapi selepas saya nampak dengan mata saya sendiri dan merasai impaknya pada ketika itu,saya kini yakin bahawa perkara sebegitu wujud,tapi tidak diketahui jenisnya.kepada individu yang mahu tahu bagaimana pengalaman saya bertembung dengan objek terbang yang tidak diketahui tersebut,anda bolehlah emailkan pertanyaan kepada saya.Insya Allah saya akan menceritakannya.

    Posted by Syah | October 2, 2009, 2:56 pm
  22. assalamualaikum… Saya pun tertarik juga dengan kisah ni… Tapi susahlah nak buktikan samada benda ni memang wujud atau tidak. Yang pasti pengalaman saya semua umur 12 tahun memang saya dan seorang sahabat karib saya pernah terjumpa objek terbang yang kami rasakan seperti kapal angkasa yang cukup panjang melintas betul2 di atas kepala kami lebih kurang setinggi pohon kelapa sahaja. Dibawah perut kapal tersebut sungguh banyak lampu yang berkelip2 seperti kapal terbang. Masa tu jam dalam pukul 6.15pagi, kami berdua menaiki basikal untuk ke sekolah. Peristiwa ini memang tidak boleh dilupakan tapi apabila diceritakan kpd kawan2 dan cikgu disekolah, semuanya hanya mentertawakan kami…

    Posted by riduan | October 31, 2009, 12:21 am
  23. Buku2 Allahyarham Amaludin Darus ,aku ada baca tahun 1982. Banyak buku2 ufo lain aku baca. Sejak itu masa aku tunggu bas nak ke Setapak High School ,aku tengok2 langit, tapi tak nampak ufo. Aku teringin nak tengok yg asli..
    Bila aku dengar ufo mendarat di Kedah,2-3 tahun dulu, aku nak pergi tapi isteri aku larang. Sekarang aku di Kelantan…
    Kalender kaum Maya sampai 20.12.2012 aje. Aku rasa mereka tak dapat kira hari lagi sebab matahari terbit dari barat. Fazamania apa pendapat awakk??

    Posted by Din | December 22, 2009, 2:13 am
  24. kalau anda nampak ufo takpela tapi kalau ufo nampak anda macamana????
    nak lambai kat diorang kot biar cerita kita ‘mereka’ jual kat planet mereka pulak…mungkin

    Posted by yang memahami | December 29, 2009, 7:57 pm
  25. Unidentified flying object(UFO) memang WUJUD. Sy tlh tengok sendiri byk kali. Terbaru semalam balik dari rumah memba tepat pada 12 malam, ketika naik motor saja2 je nk pandang bulan. Sekali ternampak 1 cahaya terang amat tinggi berhampiran bulan. Objek tu bergerak dari 1 point ke 1 point lain then seolah2 cuba balik ke point y mula2 sy trnampak. Kalo kapal terbang, kenapa sedang bergerak ke satu arah tetiba berpatah balik(bukan secara U)? Helicopter tidak sekali sebab amat tinggi. Satelit? Logik kah satelit berada betul2 di atas kawasan pedalaman malaysia(parit nawi,muar)? Penemuan lain sy di batu pahat selepas waktu isya’. Makin dipandang makin menghilang. Bagaikan ia tahu kita org pertama terperasan kehadirannya, bila kita kecoh kat org sebelah kita dengan segera akan bergerak menghilangkan diri. Penjelasan aku maybe x menyakinkan. Cukuplah aku y mengalaminya sendiri. Neway ufo x semestinya piring terbang. Sebab masa y sy nampak suma waku maghrib, 8.30-9.00, tengah malam.

    Posted by Apismalik | January 3, 2010, 12:18 pm
  26. ade seorg kawan telah beritahu bahawa die npk kapal ufo dalam pkul 2 ketika dlm kenderaan. kapal tersebut terbang serendah burung. mcm mane nak mengesahkan apa yg die lihat benar2x kapal ufo.. die mcm percaya, xpercaya pe yg die lihat.

    Posted by hamba Allah | January 21, 2010, 2:45 pm

Post a comment