
Apalah agaknya reaksi anda apabila rumah anda yang aman damai itu rupa-rupanya tempat berlakunya aktiviti paranormal atau lebih sesuai di sebut ‘laluan makhluk ghaib’.
Baiklah , hari ini saya akan menceritakan kejadian pelik di Belmez dimana penghuninya sering berhadapan dengan pengalaman yang menakutkan.Fenomena luar biasa ini terjadi di sebuah rumah di kawasan Desa Belmez berhampiran Cordoba, Sepanyol.Keluarga Maria Gomez Pereira tidak pernah menyangka bahawa di rumah mereka itu sering berlaku kemunculan wajah-wajah aneh yang entah dari mana datangnya.
Pada suatu hari , semasa Maria Gomez Pereira hendak menyediakan sarapan pagi , beliau terperanjat dan menjerit ketakutan apabila menjumpai wajah aneh mirip manusia dilantai dapur yang sedang merenungnya.Beberapa minit kemudian, wajah aneh yang merenungnya itu hilang.Maria mengganggap itu hanyalah khayalannya dan tidak menceritakan kepada ahli keluarganya yang lain.
Anggapan Maria ternyata salah apabila anaknya yang sedang duduk bersama neneknya di dapur pula tiba-tiba cemas.Wajah aneh yang suram tiba-tiba muncul dilantai marmar.Selepas kejadian itu , banyak wajah aneh muncul di atas lantai dan dinding dengan ekspresi wajah yang sedih dan memilukan.Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan. Kejadian itu berlaku pada 23 Ogos 1971.
Suami Maria yang tidak mahu kejadian aneh yang berlaku dirumah mereka itu tersebar luas di pelusuk desa segera mencari jalan untuk menghilangkan gangguan tersebut.Tetapi , walaupun pelbagai cara telah dilakukan , wajah-wajah aneh masih lagi muncul dengan lebih kerap.Ekspresi wajah aneh itu menjadi semakin pilu dan matanya semakin luas dibuka

Apabila semakin kerap wajah aneh itu muncul, suami Maria mengambil keputusan untuk membuang seramik dilantai rumah mereka dan menggantikan dengan simen. Seminggu kemudian , wajah aneh itu kembali muncul di lantai simen.Kali ini wajah itu kelihatan lebih jelas daripada yang sebelumnya.Kemunculan tetamu yang tidak diundang itu dilaporkan kepada pejabat pemerintah setempat untuk melakukan penyelidikan.
Penyelidikan dijalankan selama seminggu dan lantai bangunan itu digali.Jauh dibawah tanah , mereka menemui sesuatu yang mengejutkan.Dicelah-celah himpitan batu dan simen , mereka menemui kerangka manusia yang dipercayai berasal dari abad pertengahan.Kerangka itu kemudian dievakuasi dan tapak bekas penggalian itu segera ditutup dengan lapisan simen.
Namun beberapa minggu kemudian, wajah yang lain pula muncul di tempat yang sama.Selepas itu muncul lagi beberapa lagi wajah aneh yang lain.Wajah-wajah itu seperti memberitahu Maria mereka merintih kesakitan dan mengharap pertolongan .Walaupun mereka telah melakukan pelbagai cara untuk mengusir wajah-wajah aneh itu , ianya tetap kembali dan kemunculan selepas itu menjadi semakin lebih kerap dan, lebih menakutkan.
Berita tersebar luas dan rumah keluarga Maria Gomez Pereira di Belmez, telah di cop sebagai rumah berhantu.Setiap orang yang berada di sana pasti dapat melihat kemunculan wajah aneh itu.Fenomena aneh ini segera memancing sejumlah pakar mengenai paranormal. Mereka melakukan penyelidikan di keseluruhan rumah. Namun hingga kini belum ada teori dan jawapan yang cukup memuaskan.

Apakah yang sebenarnya yang terjadi di Belmez?
Milik siapakah wajah-wajah itu?
Menurut cerita ,tapak rumah yang didiami oleh Maria Gomez sekeluarga itu dahulunya dijadikan sebagai tempat hukuman mati ahli sihir.Mereka ini dibunuh , dibakar lalu di humban ke dalam lubang tapak rumah itu.Ada juga ahli sihir yang ditanam hidup-hidup.Ada suara-suara sumbang mengatakan , wajah-wajah yang muncul dirumah Maria Gomez itu menuntut menuntut pengampunan dan pengebumian yang sempurna.
alamak,,takut plak nak mop lantai pagi ni tadi~
hehehe,,
mesti ada lagi mayat bwh tanah tu~
tu pasal lah~
slm bro, akupun dah macam minat je bila baca cite2 camni dari blog ko bro,hehehe..:) bagus2, i like!!!
{ deenasor }
aku rasa camtu gak …
{acai}
thanks acai ..baca je bila ada kelapangan ..banyak lagi artikel best dalam blog nih..bwhahaa
salam bro…..aku pun berminat sangat dgn perkara tu, rasa macam nak pi sane nak siasat tentang perkara ni. sape nak peg….
salam..sy baru jumpa blog kamu..
mmg suke baca citer2 kt blog ni
teruskn update artikel yg bagus2
terima kasih kerana sudi baca artikel yang ada dlm blog ni.
aku mmg suka pn benda2 aneh+misteri+paranormal..nmpknye minat kte same r…hua3..aku igt aku sorg jer minat bnd2 cmni..aku pn da+jumpa gmbr2 pelik…byk r gak..teringin gak nk wat blog mcm lu.. mn eh lu dpt gmbr2+artikel2 ni???mostly artikel2 dlm ni aku dh penh bc+dgr+jumpa..
Kalau umah aku jadi laluan mahluk gaib, aku pasang lampu isyarat kat umah aku.
MCM KENEL JER MUKE KT DINDING TU…
best tue memang la best tp bro update la slalu..cam mastika tiap tiap bulan update mesti lagi best nyer la
aku tengok gambar tu biasa je,
Milik siapakah Gadis ini?
oleh kerana cite nie takde kena mengena ngn aku, jd aku klasikasikan cite nie, tak seram mane pun…
best jgak baca citer misteri mcm nie…teringin nk p sna tp wajah2 pelik tu muncul lagi x???
jin pun terer melukis
memang la makluk halus seperti itu wujud…dan kadang tu,ia memang menakutkan
Bestnya!!! baca kisah2 misteri+ paranormal+seram nie…..
allow..sya kwn korg yg baru…. sya sbnrnya tkut jgk dgn hntu2x ni sume……apatah lek sya tnggl kat sabah…..
seram gak…best..best
{sharil}
kalau aku, aku letak tol terus.
seram jgk yer…
Caye ke ….x cayele….entah2 lukih je….
hantu d sabah ganas oo..hehe
seram gak………
gua x paham lah lak…cam nerr muke 2 muncul???kepale jer kew atau ngan badan????
ooooo…bg aq citer nie x ler seram sngat….he3
bai blog ko ni mmg unik… ak nak puji ko sesangat… ko bat masa lapang ak t’isi ngan cite2 mnarik neh… ummm thanks ya