Tahukah anda bahawa di sebalik pembangunan dan kemodenan di seluruh pelusuk dunia pada hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.
Makhluk itu dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj.
Kewujudan dua makhluk itu adalah benar dan sahih kerana ianya dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.
Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.Mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.
Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97.
Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:
“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.
“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.”
Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”
Selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.
Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.
Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.
source : Berita Harian
alamak!!!
ayat last tu bro!
takut le baca~
saya rasa takut bila baca
kita harus memperbaiki amalan kita
Ya ALLAH,betapa kerdilnya diri…
dan janji ALLAH tuhanku adalah benar…
hehe..info tambahan..dgr2 biler yakjuj n makjuj ne kuar,kaum dorg akan penuhkan 1 dunia ne,mcm yg dah dceritekan,nisbah kaum yakjuj n makjuj mase hari kiamat nt ialah 1:10,manusia juz 1 jer..bygkan betape produktifnyer kaum neh..hahaha..wallahualam
Aku rase sorag dr meke dah kuar.Nk tau sape??BUSH!
rasa takut haruslah ada pada setiap umat manusia tapi skrg ini mereka tidak takut lagi terutama remaja mereka hanyalah memikirkan tentang keseronokan. sahlah mereka ini tidak takut kpd hari kiamat,dosa mahupun yang tlh mencipta yang langit dan di bumi iaitu ALLAH S.W.T. insaflah wahai sekalian
leh bg gambaran x kat aku gambar yakjuj makjuj?
takut gak ek dgn yakjuj makjuj ni.nak wat cm ne?trime je la.semua nye tlh tertulis.kuat kan iman!
300 thn selepas dikurung = 1 ibu jari + 1 jari telunjuk
1700 thn(abad ni) selepas dikurung = 4 ibu jari + 4 jari telunjuk??
leh bayangkn x klu zaman rasulullah pn dah sebesar 2.klu zaman sekarang xtaula besar mana.tp klu hati kita tetap bersujud kepada-Nya,insya-allah kita dilindungi.
Pada aku, kita kena bersedia dari segi spiritual, mental dan teknikal… Spiritual, kita kena tegapkan dada kita dgn iman. Mental, akan autmatik seiring dgn mental dan teknikalnya, kita kena persiapkan dgn peralatan yang patut…
hmm…aku rasa insaf bl tringt blk tnda2 akhr zmn ni…tp aku ykin, yakjuj mkjuj ni dtg dgn mbwk kebinasaan dlm bntuk moden…mknanya bkn mkn mnusia ke..tp dlm pendekatan moden, mcm pembelit, penipu etc
doomsday will come & get prepared to repent
kenapa kekuatan yakjud dan makjud luar biasa sedangkan mereka adalah
manusia apakah faktornya?
siapakah sebenarnya zulkarnain itu?
Takutnya aku atas kekuasaan Allah S.W.T.. Ya Allah ya tuhanku tuhan yang maha pengasih lagi maha adil berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu ya Allah, sesungguhnya cuma dari-Mu hamba-Mu meminta pertolongan.ALLAH MAHA BESAR…….
ALLAH MAHA BESAR>> ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR…>
MARILAH KITA MEMINTA KEAMPUNAN-NYA
banyakkanlah kita meneliti diri &beristighfar kpd allah s.w.taala!!!!!!!!!!
insaflah wahai umat manusia…
Nisbah mereka 1:10 ??
da sama banyak dengan org bunian..
apakah benar, pihak NASA telah menemui suatu kaum yang hidup 20 batu dibawah perut bumi yang dikatakan hampir sama dengan apa yg digambarkan sebagai kaum Yakjuj & Makjuj. Wallahua’lam Intaha
Aslmkm…klo bley,ade gamabr-gambar tentang kewujudan yakjuj dan makjuj ataupun ape2 berkaitan dengannya.email la saya..10q
Salam, sy pernah terdengar ustazah/ustaz sy menerangkan bahawa tembok Zulkarnain itu akan tetap kukuh (terkambus) jika kita tidak meninggalkan sembahyang subuh iaitu dengan bacaan Doa Qunut setiap kali subuh. Sy pun dh xberapa ingat ttg hal ni sbb ms tu sy masih kanak2 lagi….jadi nk tau sejauh mn kebenaran kata2 guru2 sy tu…atau itu hanyalah semata2 utk sy dan kawan2 sy supaya tidak meninggalkan solat subuh…ade sesape yg boleh membantu?
aku rasa kaum ni dah keluar dan sudah mula ada diantara kita….tapi belum berapa ramai……kita mungkin terlupa sejenak…cuba ingat2 sikit…mahluk asing (U.F.O) yang ditemui di beberapa negara dan contoh rupa mereka seperti pameran mahluk asing di melaka beberapa bulan lalu.ramai pakar pengkaji bersetuju bahawa mahluk itu berasal dari bumi ini juga…..tapi janji ALLAH bahawa mereka akan turun dari puncak2 gunung secara beramai2 pasti akan berlaku kelak….yang kita jumpa itu mungkin perisik2 kaum Yakjut & Makjut tapi dah mati….jangan lupa pula di ARIEA 51 USA ada mahluk ini yang menjadi tawanan tentera USA dan sedang dibuat kajian..antaranya mahluk ini ada 2 jantung seperti manusia dan sifat2 yang hampir sama dengan manusia…..hanya ALLAH yang maha tahu…..
this kind of aricle just same with other articles…boring… lets find another new fresh articles that related with this topic
yakjuj&makjuj ni orang besar ka?
bley letak gambaq sekali tak woi??
Dari pembelajaran kelas tauhid saya yakjuj dan makjuj telah berjaya menebok bentang dzulkarnain. Ianya terbuka pada waktu kejatuhan pemerintahan Khalifah terakhir dari empayar otmaniyah di Turki.
Pada waktu itu islam dipermainkan, sehingga, quran dan azan dibaca dlm bahasa tempatan. Semenjak itu dunia telah ketiadaan kerajaan islam, dan bermulalah penempatan yahudi di israel secara besar-besaran terutamanya oleh puak-puak Ashkenazi yang berasal dari Puak Khazar dari kawasan pergunungan Khazaria, tempatnya sama dengan tempat yang di terangkan dalam quran menjelaskan hal tembok dzulkarnain. Israel sekarang disokong sepenuhnya oleh bangsa eropah dan amerika yang dari segi sejarah…….. adalah juga dari kelompok yang sama. Ini adalah dari sejarah yang sangat panjang, tetapi melalui kajian terperinci, hakikat nya akan di fahami. Merekalah yakjuj-makjuj.
Seluruh dunia pandang kearah mereka kerana pencapaian mereka dalam hal pembangunan dan kemajuan- technology. Pd hakikatnya kaum yakjuj-makjuj ini sedang buat kerosakan di muka bumi. Tengoklah penganiayaan pd kaum palestine…. pencerobohan Iraq, penipuan dalam hal system keewangan dunia yang di anjurkan oleh yahudi.
Mereka sgat berkuasa dan licik, hanya orang yang betul-betul beriman sahaja dapat memahami hakikat ini. Semoga Allah beri petunjuk pd kita untuk mampu mengkaji dan memahami perkara ini.
Wallahuallam.
Assalamualaikum…
hemm
saye nak la jugak berkongsi pendapat saye drpd buku yg saye beli iaitu Hari Kiamat
Yakjuj dan Makjuj ni akan keluar pada waktu selepas kematian Dajjal yg dibunuh oleh Nabi Isa. Ketua kumpulan Yakjuj dan Makjuj ini, mereka mencuba utk menebuk dinding tersebut setiap hari dan apabila dinding itu sudah pun berlubang sedikit dan hari sudah malam, ketua mereka mengarahkan mereka untuk pulang dan kembali menyambungnya esok. Dan setiap kali mereka datang utk menyambung utk menebuknya, dinding itu akan kembali pulih seperti tidak ditebuk dan begitulah selanjutnya.
Namun apabila kiamat besar tiba, Allah S.W.T akan mengilhamkan ketua mereka dengan ucapan “Insya-Allah” supaya tembok itu dpt dipecahkan esok hari. Dan esoknya, tembok itu dipecahkan dengan izin Allah S.W.T dan mereka turun dengan lajunya dari tempat yg tinggi. Wallahu’alam. Kalau ade kesilapan, perbetulkan lah ye. Saya juga manusia dan ada kesalahan yang saya buat. Assalamualaikum.
inni akhofullah..
TEMBOKNYE DIKOREK PN X ADE APE2 LA.STIAP KALI DKOREK MMG SBESAR YG DNYATAKN TP KNYATAAN TU X CUKUP LG.BLE AZAN BRKUMANDANG.DINDING TU YG DKOREK TU JD OK BALIK.DIA MUNCUL MASE TU AZAN DA X BRKUMANDANG DA.BYGKNLA DAJAL BRPERANG DGN ISA.SUASANE TONGGANG TBALIK.NK AZAN APENYE.MAKLUK2 LAIN LG DTG BUAT KCAU BLAU.DA MCM CITER FANTASI TP TU LA AKN TRJDKN MCM DNYATAKN DLM AL-QURAN.
Telah sedia maklum stiap permulaan ader pengakhiran dan yang kekal hanyalah ALLAH S.W.T…dan janji2 ALLAH adalah benar,barangsiapa yang taat dan setia pada perintahnye serta beriman padanye nescaye selamat la idupnye di dunia dan akhirat…takut la kamu pada ALLAH dan jangan la kamu takut dengan ciptaannye sendiri…selagi mane kite beriman padenye,selagi itula kite setiase dilindungi…ingatla,pohon la padaNYA selalu dan jangan la kamu lalai dan lupe asal usul mu…kerana DIA la yang mencipta kamu dan sekalian makhluk yang ade di muka bumi ini..
pd pengarang:
bgni… ustzh sy bgtau:
klu ada firman Allah S.W.T, kte kna ltak yg bermaksud…
cth;
“firman Allah yg bermaksud:…”
ini krn, Al-Quran tu berbahasa Arab…
perbuatan spt;
“firman Allah:…”
tak blh sbb ini seolah2 menggambar kan yg Al-Quran itu berbahasa Melayu…
begitu jgk halnya dgn Hadith…
ustzh sy bgtau psl ni tyme ktorg tgh bljr Tafsir…
just tuk peringatan kte bersama…
apa2 pun Ilmu Allah kte kongsi bersama…
klu sy salah tlong betulkan…
Terima kasih…
kalau zaman nabi pun dah boleh buat lubang sebesar ibu jari.sekarang xtau lah macamana.dah bleh kuar kepala.tapi selagi ada azan,insyaAllah tertimbus balik
perangai dorang macam bani israel ke?
fenomina azan itu sdh cukup membuktikan…
Terima Kasih atas ilmu yg tlh diberi….(^_^)
Cerita ni memang menakutkan. sape tak bace rugi. anyway result SPM saya 7a 3b. Tak bagus pun tapi nak bagi tau jugak. Assalamualaikum
yakjuj makjuj ada tertulis gak dlm kitab yahudi & kristen (new and old tastements,talmud, black sea scroll)
bagi org yahudi n kriten, yakjuj n makjuj ni tentera muslim..
dorg pikir muslim akn bergabung ngn russia pastu bperang dgn bani israel dkt baitulmaqdis..
dan pada pendapat sy,
yakjuj makjuj ni adalah kaum2 yg dahulu tp masih lg wujud kat muka bumi skrg..mrk buat xtvt biasa mcm kita..mugkin dorg tggl dkt russia ataupn europe..
kepada pengarang
jutaan terima kasih diucapkn krn berkongsi maklumat nie
Kpd semua, jannganlah t’lalu b’dbat.. tak elok…
-Kaum Yakjuj Makjuj dikatakan banyak kerana kaum mereka dikatakan melebihi manusia di muka bumi ini.. Jumlah mereka diibaratkan pasir di pantai..
-Yakjuj Makjuj tidak boleh dikalahkan oleh manusia kerana Allah telah berfirman bahawa hamba-hambaKU(Yakjuj Makjuj) akan keluar dan tidak ade manusia yang dapat menewaskan mereka..
(diambil oleh artikel)
-Yakjuj Makjuj juga masih tidak boleh keluar krana tembok t’sbut masih dilindungi oleh azan Subuh..
Pada hari kiamat sahaja kaum tersebut akan keluar KERANA pada ketika itu, ayat Al-quran telah pun diangkat.. Manusia kebanyakkanya sesat.. dan tiada yang melaungkan azan
NOTICE, ingt jgn lbih2 sngt nk b’rckp tntang hal agama..
Trutamanya kpada rakan2 atau orang lain.. Jgn buat andaian sesuka hati..
Jangan berdakwah jika tak cukup ilmu..
KERANA pada zaman ini semakin rmai yang cuba berdakwah ttapi x cukup ilmu..
JGN BRDAKWAH KLAU X CUKUP ILMU KERANA ORG YANG TIDAK CUKUP ILMU TTPI BRDAKWAH, ADALAH SALAH SATU TANDA KIAMAT
baru baru ni aku ada beli satu buku yang bertajuk Yakjuj Makjuj Bencana antara gunung( sori lupa tajuk dia ). good explaination from the author. kat dalam tu ada di ceritakan tentang asal usul keturunan makhluk ni. good book blh digunakan sebagai rujukan
aq ne bukan nya tahu sangat pasal yakjuj& makjuj ne…. tetapi yang pasti mahluk ne berasal dari keturunan nabi.. tp aq lupa pla nama nabi tersebut….. biasa bagi manusia pelupa adalah suatu tabiat…
ini ada sikit maklumat yang aku kaji…kalau salah tolong betulkan yer…
pada aku yakjuj makjuj ni berasal daripada keturunan yang digelar HUN atau orang cina memanggilnya Hong Nou.Hun adalah satu bangsa nomad yang pernah merosakkan bumi dari timur negara China hingga ke eropah timur.Negara china terpaksa membina sebuah tembok panjang bagi mengelakkan gerombolan tentera Hun yang ganas dan tidak bertamadun menyerang mereka.apabila semua kaum cina telah bersatu maka mereka telah keluar memerangi kaum Hun sehingga kaum Hun terpaksa melarikan diri keasia tengah hingga keeropah timur.Disepanjang perjalanan mereka ke Eropah Timur mereka telah membunuh dan merosakkan segala tamadun yang mereka temui.Mereka akan membunuh semua benda hidup untuk mereka makan termasuk orang-orang mereka sendiri.mereka menangkap perempuan dan merogol hingga melahirkan zuriat mereka.sampai ke eropah timur mereka mengganas lagi hingga mereka berjaya menjadikan Romania dan hungary sebagai empayar mereka yang bernama empayar Austro-Hungarian.Nama negara Hungary sendiri diambil daripada HUN HUNGARY iaitu kaum Hun yang lapar.Ketua mereka yang paling top dalam sejarah adalah ATILLA..dan Atilla hampir2 berjaya mengalahkan Rom jika rom tidak menggunakan muslihat untuk meracuni Atilla.Daripada susur galur Hun inilah maka lahirnya bangsa Scythia yang gemar merosakkan tamadun manusia dan memusnahkan sesebuah tamadun menjadi debu.daripada pecahan kaum hun yang telah menghasilkan ramai anak2 haram juga telah melahirkan kaum Mongol dan tatar.Didalam ayat Al-quran ada mengatakan “kami biarkan mereka dihari itu bercampur-aduk diantara satu dengn yang lain”surah al-kahfi ayat 99.bangsa-bangsa lain yang telah dilahirkan oleh Hun adalah bangsa Fin(viking),slav(Serbia).Jika dikaji daripada sejarah bangsa-bangsa ini jelas menunjukkan bahawa bangsa yang berasal daripada zuriat mereka bersifat primitif,ganas dan tidak bertamadun.
setakat itu sahaja…
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warah matullah.
Saya bawakan sedikit fakta untuk kita fikirkan bersama:-
1. Kaum yakjuj dan makjuj itu adalah manusia seperti kita, punya akal dan fikiran, punya perasaan, berkembang biak dan kekuatan mereka tidak dapat dikalahkan.
2. Tembok Zulkarnain dibina 2000 tahun sebelum masehi, bukan untuk mengurung kaum Yakjuj dan Makjuj itu tetapi bertujuan untuk memisahkan kaum itu daripada penempatan atau negeri yang ditawan oleh Zulkarnain
3. Bermakna bahawa kaum itu masih menjalankan aktiviti mereka seperti mana biasa. Tak mungkin jika mereka itu tidak ditemui oleh manusia setelah pintu dunia terbuka dengan seluas-luasnya dari timur ke barat dan dari utara ke selatan.
4. Sebagai manusia, kaum itu akan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat, tetapi letak duduk mereka adalah dibahagian utara sehingga apabila takdir Allah menetukan mereka akan keluar menawan dunia.
5. Kaum yakjuj dan makjuj itu sangat kuat bukan bermakna kekuatan fizikal sahaja, tetapi juga keuatan mental dan kekuatan persenjataan
6. Hari ini Dunia telah terbuka seluas-luasnya, kita boleh melihat kutub utara dan selatan (google earth), maknanya kaum itu pun telah keluar dari kawasan yang ditentukan untuk mereka.
7. Siapakah yang mengalahkan negeri-negeri Islam hingga akhirnya semua sekali negeri-negeri Islam ditawan oleh mereka kecuali negeri yang melindungi Makkah dan Madinah?
8. Seluruh dunia muslim jatuh ke tangan siapa kalau bukan dari kaum yang datang dari Utara?
9. Kekhalifahan Muslim runtuh di tangan siapa jika bukan dari kaum yang datang dari Utara?
10.Kaum mana kah yang membawa sebegitu banyak kerosakan di atas muka bumi jika bukan mereka?
7.
saya setuju dgn saudara ishak khalid..jika ini benar dunia telahpun berada di penghujungnye,wallahua’lam
Assalamualaikum,
Saya ada mengkaji tentang tembok pemisah Yajuj dan Makjuj. Kesemua tembok yang ada, yang dikaitkan dengan Yakjuj dan Makjuj seperti tembok Caspia, Darial, tembok besar China dan tembok di Yaman gagal menggambarkan tembok yang dimaksudkan kerana struktur binaan yang bukan dari tembaga dan besi. Saya seorang islam. Ada siapa yang boleh beri pendapat….
Quran telah memberikan banyak tanda tanda, dan menyatakan cara tertentu untuk memberitahukan akhirnya dunia yang telah diberikan (47:18). Tanda tanda yang telah diberikan didalam Quran termasuk:
Ya’juj dan Ma’juj: Mereka akan muncul sekali lagi, mengikut perancangan Allah, pada tahun 1700 AH (2271 AD). Ya’juj dan Ma’juj telah disebutkan diayat 18:94 dan 21:96. Jika kamu kira ayat ayat dari 18:94 hingga akhir surah 18, kamu akan mendapat 17. Jika kamu kira ayat ayat dari 21:96 hingga akhir Surah 21, kamu akan juga mendapat 17. Ini adalah tanda dari Quran yang Ya’juj dan Ma’juj akan muncul sekali lagi pada 1700 AH.
yakjud makjud bole keluarkan awl sikit x?…
(Tembok Yakjuj & Makjuj terbuka)
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada yang mampu menebuk tembok kecuali apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan.
Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, “Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya’juj dan Ma’juj telah menembusi tembok seluas ini.” Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!
Tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu bermaksud jika Allah swt tidak mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan. Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah.
Artikel penuh di: http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/10/gog/
Insaf aku tengok benda2 cemni! kita memang patut terkejut dengan kewujudan mereka.tiada siapa pun yang akan tahu tentang kewujudannya.malahan ketibaan mereka memang tidak diketahui oleh umat manusia.. wallahualam.
ana juga ada terdengar…takut pun ada….fikir2kan balik sikitnya amal kita…kemana halatuju kita…semoga kita ditempatkan dikalangan org2 yang soleh…amin
alamak..!!ayat last tu bro..!!takut aku..!!
insaflah wahai umat
tak lama lagi nak kiamat
subhanallah..
YaALLAH…stahu aq la kn, ya’juj n ma’juj ney besar gak la tp dieorg ade kuku yg tajam..mgkin benar..wallahualam
betapa kerdilnya kita di bumi ini…masyaallahhh..
seingat aku masa sek rendah dulu Ust pernah kata selagi Azan masih berkumandang lubang yang ditebuk oleh Yakjuj Makjuj akan kembali tetutup…Wallahualam.. klu salah tlg betulkan..
bagus cite ni sbgai peringatan
kte bleh brdkwah walaupun x ckp ilmu,brdkwahlh dgn ape yg ilmu yg ad krn dkwah 2 wajib
Gua rasa sebab tak cukup ilmu 2 la ada blog ni….right!!!!!!kita komen 2k dpt kongsi ngn rakan2 len ttg topik ni…em…keluarnya yakjuj n makjuj adalah antara tanda2 besar kiamat…takkn nak tunggu yakjuj n makjuj ni kluar baru nak beramal…mari kita fikir2kan.
astaffirullahal’azhim…
wallahu’aklam…
kiamat semakin dekat dan bukan semakin jauh… bila masanya?? Waallahualam…hanya Allah shj yg mengetahui..perbanyakkan amal ibadah kita… krn ia 1-1nya jalan kita memohon perlindungan kepada Allah..
wahai umat islam, sesungguhnya kiamat itu telah hampir kepada kita, cuma kita masih belum menyedarinya, maka dengan informasi yang telah diberikan di atas, insaflah dan sedarlah diri bahawa umat islam sekarang sudah semakin lemah dan dunia sudah hampir kepada penghujungnya.. Wallahualam..
takut bila kiamat datang disaat aku masih hidup…
harap2 setiap orang yang baca nie akan insaf…tp bukan ke kaum yakjud dan makjud kuar dulu…ttp ditentang oleh imam mahdi…pastu dajal turun dan dibunuh oleh nabi isa…
insaflah wahai menysia.dunia ini sudah hampir kaimat.moga kta trglng ddlm org yg soleh…….
Yakjuj dan Makjuj
Posted on Januari 17, 2008 by sulaiman
Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.
Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:
Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-
Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”
Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).
Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.
Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)
Difailkan dalam: Kiamat
Salam wahai pembaca sekalian,
ana ada membaca buku ‘Yakjuj makjuj Bencana Di Sebalik Gunung’.Bagus buku tu banyak kupasan tentang bangsa perosak ni yang diambil dari hadis2 sahih, dan terjemahan semula kitab2 lama. Cuma ana ada sedikit pendapat yang dikatakan tentang..’setiap kali azan berkumandang…maka tembok ini akan tertutup..’ secara kiasannya mungkin tembok yang disebut adalah lubang2ke arah kerosakan dan kebinasaan akan kembali tertutup kerana dengan adanya bunyi azan maka selagi itu umat islam akan bersolat. Dengan solat2 ini maka mereka akan gagal lagi untuk menakluki kaum muslimin..dan pada hakikatnya bangsa ini telah pun keluar berdasarkan hadith nabi…;”yang menyataakan celakalah bahawa yakjuj makjuj telah pun berjaya keluar dari lubangnya…” dan kita harus beringat bahawa dunia telah pun menunjukkan tanda2 kebinasaan dan tanda2 akhir zaman…ini sekadar pendapat..mungkin ada yang lebih arif yang boleh memberi pendapat di atas tulisan ini…wallahualam.
Seram n bikin bulu kudo’ naikla,cepatlah bertaubat sebelum trlambt
kalau zaman rasulullah sudah sebesar ibu jari dan jari telunjuk lubang yang dikorek agaknya sekarang besar mana lubang yang sudah dikorek yakjuj makjuj
kalau zaman rasulullah lubang yang dikorek yakjuj makjuj sudah sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk,agaknya macammana besarnya lubang yang dikorek yakjuj makjuj sekarang.
saya ada cerita nk dkongsi skit.tp xpastilah kisah ni sahih ke x. kisah ni blaku di amerika dimana pengkaji angkasa lepas Nasa yg menjalankan projek penggalian tanah sedalam 20km ke dasar bumi di amerika telah menemui gua bawah tanah…xtaula apa tujuan dorang gali dlm tu…tp sumber mengatakan yg tu utk tujuan ketenteraan tp sebaliknya mereka telah menjumpai makhluk yg menyerupai manusia di dalam gua bawah tanah tersebut…tp kerajaan amerika masih merahsiakan penemuan tersebut….kisah selanjutnya sila email saya.saya akan bagitau secara panjang lebar sbb kisah dia pnjgn.
persoalannya…apakah makhluk yg mereka jumpa itu yakjuj & makjuj???