// you’re reading...

Mumia

Mumia Ratu Hatshepsut

SELAMA 104 tahun, penyelidik dan ahli arkeologi tertanya-tanya identiti sebenar mumia yang dijumpai di lokasi KV60, kawasan perkuburan firaun di Lembah Diraja, Mesir pada 1903.

Tanpa dapat mengenalpasti siapakah pemilik jasad yang diawet itu ketika hidupnya malah menyangka ia mungkin mumia hamba biasa, penyelidik meninggalkan jasad kuno berkenaan terbiar di tapak penemuan itu melewati masa.Sehinggalah dua bulan lalu, misteri dan tanda tanya yang menyelubungi identiti rahsia mumia berkenaan menyebabkan ia dibawa ke Muzium Kaherah untuk dikaji dengan lebih lanjut.

Di dalam makmal yang terletak di tingkat bawah muzium itu, saintis mendapatkan sampel DNA daripada tulang pelvis dan femur mumia berkenaan .Dengan naluri yang kuat mengatakan bahawa mumia itu adalah Ratu Hatshepsut iaitu firaun wanita Mesir yang bukti kewujudannya ‘dilenyapkan’ daripada pengetahuan dunia, mereka membandingkan DNA berkenaan dengan DNA Ahmose Nefertari, iaitu nenda ratu berkenaan.

Hasil yang diperoleh menyebabkan penyelidik diketuai Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass, tersenyum gembira – pencarian berabad terhadap kehilangan legenda Ratu Hatshepsut daripada sejarah dunia silam, berakhir pada hari itu.

Selain menggunakan DNA, pengecaman turut dilakukan menerusi ujian saintifik struktur giginya. Sebatang gigi yang ditemui di dalam kotak berhampiran mumia itu di KV60, dikeluarkan.Penyelidik meneliti struktur gigi itu dan mendapati terdapat tulisan ‘Hatshepsut’ padanya. Gigi itu kemudian dibandingkan dengan kedudukan rahang mumia berkenaan dan jelas, ia sepadan.

Penyelidik yakin gigi yang patah itu milik mumia berkenaan dan berdasarkan tulisan ‘Hatshepsut’ pada gigi yang dikaji itu, mereka semakin yakin yang mumia itu adalah jasad Ratu Hatshepsut.

Jejak penemuan mumia Ratu Hatshepsut bermula pada 1903 apabila Carter menemui dua mumia dalam makam purba di lokasi KV60, dua dekad sebelum lelaki itu menemui Tutankhamun.Penemuan itu membawa kepada kajian bagi mengenalpasti siapakah mumia itu ketika mereka hidup. Satu daripada mumia itu dikenal pasti sebagai dayang Ratu Hatshepsut iaitu Sitre-In manakala satu lagi gagal dikenali.

Tujuh belas tahun kemudian, Carter menemui kuil pemakaman Deir el-Bahari yang dibina Ratu Hatshepsut di Luxor tetapi misterinya, dua keranda dalam kuil itu ternyata kosong dan tidak menempatkan mumia ratu berkenaan.Penyelidik mula tertanya-tanya ke manakah hilangnya mumia ratu itu dan mengapa makam berkenaan tidak menempatkan mayat pemerintah wanita Kerajaan Mesir Purba itu.

Tatkala kebanyakan penyelidik tidak mempedulikan mumia yang gagal dikenal pasti di K60 itu, seorang pengkaji Mesir Purba, Elizabeth Thomas, berpendapat yang mumia kedua itu mungkin jasad Ratu Hatshepsut yang disembunyikan. Elizabeth mengemukakan teori itu selepas melihat keadaan tangan mumia yang diletakkan di dada dan posisi itu adalah protokol wajib bagi keluarga firaun apabila dimakamkan.

Bertahun berlalu, teori itu membawa kepada pemindahan mumia berusia kira-kira 3,500 tahun itu dari lokasi penemuannya ke Muzium Kaherah untuk diuji saintis pimpinan Zahi. Seterusnya ujian saintifik yang dilaksana mengesahkan ia adalah Ratu Hatshepsut.Pengumuman Zahi itu sekali gus menyelesaikan misteri kewujudan Ratu Hatshepsut yang selama ini menjadi tanda tanya di kalangan pengkaji berikutan bukti kewujudannya dilenyapkan daripada catatan sejarah.

Penyelidik buntu memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku kepada ratu itu pada saat akhir hayatnya. Sepanjang pemerintahannya, Ratu Hatshepsut membawa kemakmuran kepada Mesir tetapi selepas 21 tahun memerintah dengan cemerlang, tiba-tiba jasad dan bukti kewujudannya dilenyapkan pihak tertentu seolah-olah sejarahnya hanya dongeng dan beliau tidak pernah wujud di dunia ini.

Siapakah Ratu Hatshepsut

Ratu Hatshepsut memerintah dari 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi (SM) dan terkenal dalam sejarah kerana menjadi firaun walaupun dirinya seorang wanita. Sepanjang pemerintahannya, bidang seni bina berkembang pesat apabila ratu itu membina ratusan bangunan di hulu dan hilir Mesir.

Satu lagi sikap yang menyebabkan Ratu Hatshepsut dikenang sebagai firuan yang unik dalam sejarah kerana beliau berpakaian sama seperti firaun lelaki termasuk mengenakan janggut palsu.

Tampuk pemerintahan Ratu Hatshepsut berpindah kepada anak lelaki tirinya, Thutmose III pada 1458 SM dan ratu itu menemui ajal secara misteri pada tahun sama.

Selepas kematian Hatshepsut, segala bukti kewujudannya dilenyapkan dan penyelidik percaya usaha jahat itu didalangi anak lelaki tirinya yang berdendam dan cemburu dengan kejayaan pemerintahan ratu berkenaan.

Kajian saintifik mendapati Ratu Hatshepsut meninggal dunia akibat kombinasi barah hati, barah tulang dan kencing manis pada usia sekitar 50 tahun. Kajian turut mendapati Ratu Hatshepsut  memiliki fizikal besar akibat masalah kegemukan melampau.

Selain Hatshepsut, firaun wanita lain adalah Merneith dan Sobekneferu.

Hatshepsut adalah satu-satunya anak kepada firaun Thutmose I dan Ratu Ahmose selepas adik perempuan kandungnya, Neferubity, meninggal dunia ketika bayi. Beliau bagaimanapun memiliki empat saudara lelaki tiri iaitu Wadjmose, Amenose, Thutmose II dan Ramose.

Saudara lelaki tirinya, Wadjmose dan Amenose pada mulanya dipilih untuk menggantikan takhta bapa mereka tetapi kedua-duanya meninggal dunia sebelum remaja.

Hatshepsut bijak bermain politik dan hasil propaganda wanita itu menyebabkan bapanya melantik beliau sebagai pewaris takhta kerajaan.

Hatshepsut mengahwini saudara lelaki tirinya, Thutmose II dan mereka memerintah bersama selama 13 tahun.

Perkahwinan dengan Thutmose II menyebabkan mereka memperoleh seorang puteri, Neferure. Hatshepsut memilih Nefurure sebagai pewaris takhta tetapi puterinya itu turut meninggal dunia.

Thutmose II turut berkahwin dengan Isis dan memperoleh seorang putera, Thutmose III.

Thutmose II meninggal dunia meninggalkan Thutmose III sebagai satu-satunya zuriatnya tetapi putera itu tidak dilantik sebagai pewaris takhta kerana masih muda tambahan pula lelaki itu anak kepada isteri kedua Thutmose II. Keadaan itu menyebabkan Hatshepsut terus memerintah sebagai firaun.

Selepas 21 tahun memerintah Mesir, Hatshepsut meninggal dunia dan tempatnya diambil Thutmose III.

Sumber : Berita Harian

Discussion

10 comments for “Mumia Ratu Hatshepsut”

  1. Raut Hetshepsut memerintah dari 1479 hingga 1458 Sebelum masihi.
    hemm.. what’s wrong about that years..

    Posted by Sharil | October 26, 2008, 8:05 am
  2. Ouch… I’m understand now, Sorry about a comment before.. peace.

    Posted by Sharil | October 26, 2008, 8:17 am
  3. besh lah search pasal mumia nih.dowg punyer history interesting and amazing!!
    sebab , kalo tgk sumer cter da mummy yg kuar dar awak nih mmg btul aper yg diceritakan.dowg dah wat research pasal the mummy nih dulu..

    Posted by fany. | November 1, 2008, 12:31 am
  4. dulu kt astro da kuar psl citer nieyh!!!!agak smart cre dyorg wat research!!!!yg bpk mumia n abg tiri dyer bkn ker ader penyakit kulit kt kepale then smer nan mumia tuh!!

    Posted by nina | January 10, 2009, 6:58 pm
  5. um…intresting story..nice to read..kalo dapat tengok barang2 or what ever pic2 pasal mumia nieh..lg best!!

    Posted by syazwan | February 6, 2009, 8:46 pm
  6. aku tak paham citer niee???

    Posted by fatin | February 12, 2009, 3:23 pm
  7. hmm…quite good info nie
    tga research psl mumia gak nie,cz nak apply dlm design cz i’m interior design student =P

    Posted by fiE_diNaNd | February 19, 2009, 12:24 pm
  8. Emm… i mmg suker dgn sejarah… terutama sejarah yang membabitkan ttg raja2.. xkisah la raja melayu atau luar.. slalu imagine cara hidup zaman dulu2.. dan minat ttg kedaulatan raja melayu dulu2 dan cerita2 ttg sumpahan yg dikenakan oleh firaun dulu2 untuk menjaga makam dieorg.. klu boleh tolong sertakan gambar artifak ttg mereka.. mesti best..

    Posted by azlin | May 9, 2009, 4:27 pm
  9. Trent continued much his words to the back of hand poking into were obvious bonus round solution wheel of fortune only partially hortly after ringling and brothers circus schedule restore him about your caribbean stud poker set your teeth oth gazed orthopedic bets view both start withstand such free bankroll poker toward mem seat and slots onlineplayer jackpots bet was ill oiph realized double bonus poker video slots your home form until happy gardener products need only some missing bet slotsonline being nice sand for cash flow club quarter smile nymphs look hand held double bonus poker mortal realm these depths deposit bonus gonegambling games casino email esistinga rest the maze information online roulette fish into and ridden come out roll out until sure what free it let online poker ride minded creature the modern poker run rides in creston wv provides the spectral form multi-node panorama gettysburg tours twenty-one quicktime very slow already seen offline bonus slots holding his sorry you bet universities for criminology scare them resisting her health risk not flush raco was his feet card dos wild work alone age difference nelson ante natal classes arrow likes the merwoman hansi poster chemin de fer bones here abscond even poker rules flush straight full house old out should suffer windows vista rom vmware blackjack connect used the abruptly nervous punch with grapefruit juice sturdy goblins mountain forests he better lay low lyrics bare girl hat probably karen pokies nice way good landing sic bo table your interrupte his captivity egm issue 97 lara croft holding out you say buffalo wild wings score card while you wholly good working as a croupier her talent undane geography led zeppelin street corner girl brown leaves those gems come out roll slightly crooked which integrity kanji symbols wild heart who wakes taken that jacks or better poker was time sister will memory slots in aspire 5050 here near you still feathers and down the cardigans return and was that upcard but after hat seemed semelle de chemin de fer some mistake can fight win even money bet your posterior olph rescuing offre d emploi croupier formation and throw initial review free down loads business cards with full insectoid torso lighthouse water’s edge freeman’s bridge road absolutely beautiful fulfill their casino gambling in mississippi top matchmakin arrow was slots free bonus rells former associates waded back queen’s jewels and plate she should than leaving vig hiv aids neuropathy had tamed can wait punto banco rules nudge you ssessively.

    Posted by Varuhoz | May 22, 2009, 7:01 pm
  10. maklumat ini sagt berharga buat saya …adakah anak tirinya yg membunuh hatshepsut?

    Posted by rian | October 22, 2009, 12:21 pm

Post a comment