// you’re reading...

Unexplained

Natasya Demkina – Gadis Bermata X-Ray

113 tahun yang lalu, seorang pakar fizik Jerman yang bernama Wihelm Roentgen mengumumkan telah menemui sinar-x (atau x-ray).Beliau mendapati sinar ini mempunyai kebolehan menakjubkan iaitu menghasilkan imej di atas filem fotografi setelah menembusi tisu, pakaian dan logam.Diawal penemuannya , ramai saintis menganggap sinar-x tersebut adalah mustahil namun setelah dilakukan kajian , ianya dianggap sebagai penemuan terbesar pada abad itu.

Sekarang muncul seorang gadis dari Saransk, Russia, yang mendakwa dirinya memiliki keupayaan X-Ray dari matanya.Ini bermaksud beliau berupaya melakukan imbasan organ dalaman manusia.Gadis yang dikenali sebagai “The Girl with X-ray eyes” itu bernama Natasha Demkina.Dia yang dilahirkan pada januari 1987 memperolehi anugerah yang luar biasa itu semasa berumur 10 tahun.Menurut Natasha , dia melihat cahaya yang berwarna warni pada tubuh seseorang dan mula melakukan imbasan.

Orang pertama yang diimbasnya adalah ibunya sendiri.Bermula pada hari itu , keupayaan Natasya tersebar di seluruh pelusuk Rusia dan ini menarik minat pelbagai pihak terhadap keupayaannya itu.

Pada bulan march 2004 , seorang produser Discovery Channel telah dijemput oleh Commitee for the Scientific Investigation of Claims of the Paranormal (CSIOP) dan Affiliated Commision for Scientific Medicine and Mental Health (CSMMH) untuk melakukan kajian terhadap Natasha.Kajian ini dijalankan di City College New York setelah diizinkan oleh ibu-bapa Natasha.Kajian dilakukan dengan 6 orang sukarelawan dengan setiap penyakit yang dialami oleh mereka.Tujuan utama adalah untuk mengenalpasti subjek yang tidak memiliki apendik.

Namun begitu , terdapat pertikaian mengenai kebolehan luar biasa yang dimilik oleh Natasya kerana tidak 100 % diagnosisnya adalah tepat.

Read More About Her..

Discussion

9 comments for “Natasya Demkina – Gadis Bermata X-Ray”

  1. tgh mlm cmni baru dpt masuk blog bro ni~
    awat siang2 susah nak masuk?
    ramai sgt ka?
    mata budak tu rosak tu,
    bukan ada kelebihan apa2 pun,
    bukan betul pun kan yg dia imbas,
    kene pertikai lagi

    Posted by deennasour | February 25, 2008, 1:50 am
  2. hehe, bestnya mata x-ray..boleh guna wat mende lain ni

    Posted by ted | February 26, 2008, 9:02 pm
  3. hoh?? ni dah jadik Cyclop versi wanita

    Posted by Truckster | February 29, 2008, 9:55 am
  4. klu betul budak tu leh x-ray, may be dipertikai sbb die tak tahu pasal anatomi tubuh manusia. maksud aku die bukan student medic. klu die nampak pun, die tak tahu ape tu. hehehehe

    Posted by fara | February 29, 2008, 11:53 am
  5. betul 2 fara…ted ni gatal la..ape la…budak 2 tipu je kot…

    Posted by ina | August 15, 2008, 9:43 am
  6. Bahaya nih..!!
    Aku kena pkai pkaian cermin,
    nanti dia nmpak diri dia sndiri..

    Posted by Sharil | October 26, 2008, 10:21 pm
  7. mcm dlm cite x-men laks…nape xamik je die blakon cite tu..br btul2 real..hihihi…

    Posted by mrsdean | February 11, 2009, 10:57 pm
  8. aku pernah nampak dia di ripleys dulu..

    Posted by Amel | May 7, 2009, 2:56 pm
  9. hahahaha….

    Posted by jed | June 2, 2009, 4:45 pm

Post a comment