Pooka merupakan haiwan ganas yang seriing dikaitkan dalam cerita-cerita mitos Ireland.Rupanya aneh dengan bahagian kepala berbentuk anjing garang manakala badannya besar dan hitam seperti kuda.
Pooka dikatakan wujud di kawasan tasik yang sunyi.Binatang itu berupaya bergerak pantas di darat dan di dalam air.Hingga ke hari ini,kisah-kisah menakutkan mengenai kebuasan pooka yang menyerang pada waktu malam digunakan oleh ibu bapa sebagai satu taktik untuk menakut-nakutkan anak-anak mereka supaya masuk tidur awal.Malah , cerita tersebut juga digunakan untuk mengawal anak-anak yang terlalu nakal terutamanya mereka yang gemar berkeliaran pada waktu malam.Ini menjadikan pooka begitu popular hinggakan banyak tempat di Ireland dinamakan bersempenakan namanya.Diantaranya ialah Lissapuca dan Rathpuca.Yang paling popular ialah Tasik Poulapouca di daerah Wicklow di mana pooka diketahui secara meluas menyerang mangsanya pada waktu malam.
Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Martin dari Dublin,mendakwa pernah melihat pooka semasa sedang bercuti disana pada 1928.Sewaktu sedang memancing ikan disebatang sungai,dia ternampak satu makhluk aneh sedang berenang menuju kearahnya.Martin tidak pasti apa sebenarnya yang bergerak di permukaan air tetapi gerak hatinya merasakan ia sejenis binatang buas.Tanpa membuang masa, Martin mencampakkan jorannya ke tanah dan terus memanjat sebatang pokok.Sebaik sahaja tiba di tebing sungai , pooka meluru ke pangkal pokok dan cuba menyerang Martin.Mulutnya dingangakan begitu luas hingga menampakkan gigi yang tajam,giginya bersinar bagaikan api yang membakar.Wajahnya bengis hingga Martin menggigil ketakutan.
Pada sangkaan martin,binatang itu mungkin terlepas daripada zoo.Apabila kejadian itu diceritkan kepada penduduk tempatan,dia terperanjat apabila diberitahu binatang itu adalah Derry Pooka,nama julukan yang diberikan oleh masyarakat tempatakan kepada Pooka.
Pooka tu tak sejuk ke berenang waktu malam2.
mnatang ni btol ke hah…
nape nate ni leh berdiri dgn sendirinya…